in

Panik! Wanita Kongsi Detik Cemas, Diserang Monyet Liar di Parkir Luar Hotel Hingga Bayi Jatuh Tersembam

wanita sekeluarga diserang monyet kuantan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meskipun terkadang nampak harmless, tapi korang jangan buat main dengan haiwan seperti monyet ya! Kalau dia mula menyerang, memang menakutkan dan boleh membawa kecederaan.

Baru-baru ini, wanita bernama Norazimah Bunihan di Facebook telah berkongsi detik cemas yang dialaminya sekeluarga apabila mereka tiba-tiba diserang sekumpulan monyet liar.


Menurutnya, kejadian itu bermula apabila mereka yang menginap di Hyatt Regency Kuantan Resort sedang berjalan kaki ke parkir untuk mengambil selipar ke Teluk Cempedak yang berdekatan dengan resort mereka.

Namun malang tidak berbau, tiba-tiba sekumpulan monyet dilihat berada di atas sebuah kereta di sebelah mereka mula menerkam dan menyerang si suami. Alamak! 

serang 1

 

“Monyet liar itu betul-betul berada di sebelah stroller bayi saya” 

Ketika keadaan menjadi panik, wanita ini bersama anak-anak yang lain cuba melarikan diri tapi tak diduga stroller yang ditolak terlalu pantas itu menyebabkan anaknya yang masih bayi jatuh tersembam ke atas jalan.

Pengawal kemudian datang memberikan bantuan dan mereka dibawa menggunakan ambulans ke hospital. Allahu… 

serang 2

255437500 4682760718410607 2955634590251570394 n

https://www.facebook.com/100000301752463/videos/pcb.4682760188410660/437384838015932

 

Wanita mohon Perhilitan Kuantan pantau isu monyet

Mujurlah anak wanita ini tidak apa-apa dan dia juga berterima kasih dengan pihak hotel kerana memberi layanan yang baik buat mereka sepanjang berada di sana.

Pun begitu, wanita ini juga meminta pihak Perhilitan Kuatan untuk memantau keadaan di hotel berkenaan kerana kawasan tersebut adalah kawasan pelancongan dan ia sangat bahaya jika monyet-monyet berkenaan dibiarkan berkeliaran di sana.

Saya berharap pihak Perhilitan Kuantan memantau keadaan disekitar kawasan Hyatt Regency Kuantan memandangkan disitu adalah tempat perlancongan dan sudah beberapa kali dimaklumkan pada perhilitan tentang monyet monyet liar tersebut.

“Saya berharap tidak berlaku pada pengunjung-pengunjung yang lain. Ini melibatkan nyawa,” katanya.

Boleh baca kisah selanjutnya di bawah.

https://www.facebook.com/100000301752463/posts/4682760188410660/?d=n

 

Diharapkan perkara yang sama tidak menimpa pelancong lain dan semoga pihak Perhilitan take note akan hal ini. Bahaya tu! 

Baca: “Monyet pun nak bertiktok” – [VIDEO] Baru Semangat Nak Rakam, Sekali Monyet ‘Feeling’ Cuba Bawa Lari Handphone

monyet 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.