Usahawan tudung yang dikenali sebagai Yusrafiq menceritakan pengalaman pahitnya tersekat di sebuah lif kondominium di Cyberjaya selama hampir dua jam kerana kecuaian pengawal keselamatan.
Menerusi perkongsiannya di TikTok, kejadian itu berlaku pada 11 Mac ketika dia seorang diri berada di dalam lif tersebut.
Katanya, ketika berada dalam lif dan ingin turun dari tingkat tujuh ke lobi secara tiba-tiba lif tersebut tersekat di tingkat lima.
Dia kemudian menekan butang kecemasan di dalam lif untuk memaklumkan situasi yang dihadapinya kepada pengawal keselamatan.
Artikel berkaitan: “Scariest moment ever” – Gadis Kongsi Pengalaman Terkena ‘Anxiety’ Lepas Terperangkap Dalam Lif
@yusfariq NOT LAKEFRONT RESIDENCE ! Tolong lah mana2 Security Company or Management please train your security benda emergency macam ni, kalau jadi dekat budak or orang tua? Stuck in Lift’s condo in Cyberjaya area for almost 2 hours was a crazy experience..
♬ original sound – Yusfariq | The.Jasmine – Yusfariq | The.Jasmine
“Pada awalnya okay, saya cuma cakap saya tersekat boleh tolong saya tak dan mereka memaklumkan akan menghubungi pihak penyelenggaraan,” katanya.
“Rasa panik, sesak nafas”
Selang beberapa minit, dia menekan semula butang kecemasan untuk mengetahui status terkini mengenai keberadaan pihak penyelenggaraan.
Setelah beberapa kali dia berbuat demikian, butang kecemasan tersebut tidak dijawab oleh pihak pengawal keselamatan.
Ujarnya, pada ketika itu nafasnya sudah mula sesak kerana tidak pasti sudah berapa lama tersekat di dalam lif, memandangkan telefon pintar dan jam tangan tidak dibawa bersamanya.
Selepas beberapa kali menghubungi, akhirnya mereka mengangkat panggilan itu dan dia meminta agar mereka cuba untuk membuka pintu lif sedikit agar udara boleh masuk ke dalam lif.
Dalam pada itu, dia ada meminta pihak keselamatan untuk memaklumkan kepada pihak keluarganya yang berada di lobi mengenai kejadian yang berlaku namun tiada sebarang jawapan diterima ketika itu.
Tidak lama kemudian, pihak penyelenggaraan lif datang namun sewaktu operasi menyelamat diadakan kelibat pengawal keselamatan langsung tiada di tempat kejadian.
“Pihak penyelenggaraan baik kepada saya dan bertanya adakah saya okay dan boleh bangun atau tidak.
“Saya keluar dan naik lif yang lain dan ada ramai orang dan ada pihak keselamatan. Turun-turun tengok ayah saya sedang mengamuk. Masa mengamuk tulah baru saya tahu dah tersekat satu jam lebih,” katanya.
Tambah Yusrafiq, dia berasa kesal apabila mendapat tahu pihak keluarganya tidak dimaklumkan tentang situasi yang menimpa dirinya.
Dakwanya, pihak keselamatan bukan sahaja lambat bertindak malah tidak menghubungi bomba dan hanya bergantung kepada bantuan dari pasukan penyelenggaraan.
Difahamkan, dia membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut sebagai pengajaran.
Sumber: TikTok