in

Panglima Angkatan Tentera Baharu Akan Diumumkan Esok – Menteri Pertahanan

1Pat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Leftenan Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera (PAT) yang baharu berkuat kuasa esok, sekali gus dinaikkan pangkat ke Jeneral bagi mengetuai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pelantikan itu dibuat selaras dengan syor Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri ke-633 (Khas) yang bersidang pada 29 Januari lalu dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi satu kenyataan hari ini.


Screenshot 2026 01 31 At 10.36.16 Am

Menurutnya, pengalaman luas serta latar belakang kepimpinan Malek Razak diyakini mampu memperkukuh hala tuju dan keupayaan ATM dalam mendepani cabaran keselamatan semasa, di samping memulihkan serta mengukuhkan wibawa institusi pertahanan negara berteraskan integriti dan profesionalisme.

Malek Razak, 59, memiliki kelulusan akademik dalam bidang strategik dan pertahanan, termasuk Diploma Strategik dan Keselamatan serta Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), selain Ijazah Sarjana Pertahanan dari King’s College London. Beliau memulakan kerjaya ketenteraan pada 1985 sebagai Pegawai Kadet Luar Negara di Royal Military College, Sandhurst, United Kingdom sebelum ditauliahkan pada 11 Disember 1987.

Screenshot 2026 01 31 At 10.34.09 Am

Sepanjang hampir empat dekad perkhidmatan, beliau pernah berkhidmat dalam pelbagai unit dan memegang jawatan penting di peringkat pemerintah serta staf, bermula sebagai Ketua Platun di Batalion ke-21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD). Jawatan terakhir disandang beliau sebelum pelantikan ini ialah Panglima Medan Barat Tentera Darat.

Sebelum ini, jawatan Panglima Angkatan Tentera dipangku oleh Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain, susulan persaraan wajib Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar. Mohd Nizam kini berdepan pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berkaitan salah guna kuasa dan pecah amanah melibatkan jumlah jutaan ringgit, namun beliau telah mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.