Laporan berita Buletin 1.30 baru-baru ini telah melaporkan berita mengenai kemenangan Kamala Devi Harris sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat.
Walau bagaimanapun, laporan berita tersebut telah menyebut naib presiden tersebut sebagai ‘anak pendatang tanpa izin dari India‘. Laporan berita itu telah mendapat kecaman hebat di media sosial.
#Malaysia's @BuletinTV3 used a inappropriate slur in its reporting of @KamalaHarris's mother, calling her an illegal immigrant (pendatang tanpa izin) – a derogatory local term. They apologized. Now is time to celebrate the breakdown of racial & gender barriers not reinforce them. pic.twitter.com/ubaBcKtvqA
— Bridget Welsh (@dririshsea) November 9, 2020
Susulan kesilapan itu, TV3 kemudian membuat permohonan maaf dan permohonan tersebut telah dibaca pemberita saluran televisyen tersebut yang kemudiannya dimuat naik di Twitter.
RALAT | Pembetulan Latar Belakang Kamala Harris
Merujuk kepada laporan Buletin 1.30 semalam, kami ingin memohon maaf atas kekhilafan mengenai Naib Presiden Amerika Syarikat yang baharu, Kamala Harris.#BuletinTV3 #Buletin130 #KamalaHarris pic.twitter.com/syrmcVjEGT
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) November 9, 2020
Menurut Malaysiakini, perkara ini juga telah diketengahkan oleh senator MIC S Vell Paari yang berkata, ibu Kamala, Shyamala Gopalan datang dari Chennai, India pada usia 19 tahun ke AS untuk sambung belajar di Universiti California.
Namun wanita itu kemudiannya bertemu dan berkahwin dengan ayah Kamala, Donald Harris.
“Ibunya seorang saintis yang terlibat dalam bidang onkologi lanjutan. Semak Wikipedia.
“Saya harap ini kesalahan yang tidak disengajakan,” katanya.
Baca: Kamala Harris Cipta Sejarah, Wanita Kulit Gelap Pertama Jadi Naib Presiden Amerika Syarikat