in

“Pandai selesaikan masalah’- Kajian Dapati Tikus Bandar Lebih Pintar Daripada Tikus Di Kampung

f2 ratot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau cakap pasal tikus di bandar, mesti kita akan teringat tentang filem Ratatouille kan.

Kali ini, kami nak kongsikan dengan anda tentang sebuah kajian yang mendapati bahawa tikus yang hidup di bandar adalah lebih pintar berbanding spesiesnya yang tinggal di kawasan kampung.


Screenshot 539
Gambar Sekadar Hiasan

Menurut Mail Online, kajian terbabit telah dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Potsdam dan Institut Evolusi Biologi Max Planck di Jerman. Sebanyak 31 ekor tikus dari persekitaran liar telah ditangkap untuk dijadikan peserta kajian.

Difahamkan, 14 ekor daripadanya datang daripada kawasan bandar Berlin manakala 17 ekor tikus lagi pula diambil dari kawasan perkampungan.

Pihak penyelidik berkenaan kemudiannya meletakkan tikus-tikus itu dalam tempat seumpama sangkar yang mempunyai rumah Lego di dalamnya untuk menjalankan kajian.

Terdapat makanan dalam rumah Lego tersebut dan tikus-tikus itu perlu cari cara untuk membukanya supaya mereka dapat makanan.

Screenshot 540
Gambar Sekadar Hiasan

Haiwan-haiwan terbabit turut diberikan satu lagi cabaran di mana mereka perlu buka penutup sebuah kotak untuk mendapat ganjaran.

Hasil akhir kajian mendapati tikus dari bandar berjaya menyelesaikan cabaran berkenaan sebanyak 77% manakala tikus kampung pula hanya berjaya selesaikannya sekitar 52% sahaja.

Rupanya ada sebab kenapa tikus bandar dilihat lebih pintar. Ini kerana ia terpaksa tinggal dan wujud bersama dengan manusia di bandar besar, jadi ia harus lebih pintar kalau tak nak dibunuh oleh manusia.

Namun, dalam masa yang sama, tikus kampung pula mempunyai keazaman yang lebih tinggi berbanding tikus bandar. Ini kerana dalam cabaran berkenaan, tikus ini dilihat tetap usaha untuk dapatkan ganjaran walaupun susah.

Kajian ini kemudiannya telah diterbitkan dalam jurnal Animal Behaviour.

Sumber: Mail Online

Baca: “Langsung tak kurang markah kecomelan”- Jom Kenali 6 Baka Kucing Tanpa Ekor

Screenshot 538

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.