in

“Pandai posing” – [VIDEO] Burung Gagak ‘Bergambar’ Dengan Guru Sekolah Raih Perhatian Netizen

Burung Gagak Bergambar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan, burung gagak adalah salah satu haiwan yang dikategorikan sebagai bijak walaupun sering disalahertikan sebagai haiwan perosak.

Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan aksi seekor burung gagak sedang ‘bergambar’ dengan seorang guru sekolah telah meraih perhatian netizen.


Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @cikguain23, burung gagak terbabit kelihatan begitu jinak kerana tidak berganjak pergi walaupun dikerumuni beberapa individu.

Malah, gagak tersebut turut memandang telefon yang dikeluarkan salah seorang guru sekolah di situ seolah-olah sedia untuk bergambar bersama.

@cikguain23

Burung gagak aneh #fye

♬ original sound – Kedai Cikgu Ain – Kedai Cikgu Ain

Video tersebut telah meraih lebih 946,000 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis. Dalam sebuah hantaran video lain, burung gagak tersebut dilihat suka dibelai beberapa orang guru yang lalu di situ.

@cikguain23

Replying to @mrs julie….. bila baca ayat qursi, tunduk je😍

♬ original sound – Kedai Cikgu Ain – Kedai Cikgu Ain

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan telatah dan kebijaksanaan burung gagak terbabit. Ada yang menganggap mungkin burung gagak itu bekas belaan orang dan mahu mencari ‘tuan barunya’.

Sebagai info, burung gagak adalah antara spesies pilihan dijadikan sebagai haiwan peliharaan pada masa kini. Gagak juga berkebolehan mengecam wajah manusia lebih-lebih lagi kepada mereka yang tidak menyukai haiwan itu.

Jadi, korang ada rasa nak bela burung gagak sebagai haiwan peliharaan tak?

Baca: [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Aksi Gagak ‘Main Kejar-Kejar’ Lepas Curi RM1

Burung Gagak Curi Rm1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.