in

“Pandai niaga dia ni…” – Netizen ‘Impressed’ Dato’ Seri Vida Promosi Produk Guna Bahasa Mandarin

Dsv 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain boleh bercakap dalam bahasa ibunda, sebenarnya satu value bagi seseorang itu jika dia juga boleh menguasai bahasa lain.

Satu video telah tular di TikTok baru-baru ini, apabila seorang jutawan kosmetik, Dato’ Seri Vida (DSV) fasih bertutur dalam Bahasa Mandarin ketika sedang mempromosikan produknya.


Promosi produk guna Bahasa Mandarin

Menerusi video yang dimuat naik oleh DSV sendiri, kelihatan dirinya sedang bercakap dengan seorang pelanggan yang ingin membeli produknya. Dia pada ketika itu membuka booth jualan di Kota Kinabalu, Sabah.

Artikel berkaitan: “Hebatnya” – Ramai Netizen ‘Impress’ Lihat DSV Lancar Berbahasa Mandarin

Artikel berkaitan: Harga Beg Tangan Cecah Jutaan Rupiah, TikToker Indonesia Gelar DSV ‘Crazy Rich Malaysia’

Pelanggan yang berbangsa Cina itu mengatakan dia sudah lama mahu membeli snek kulit salmon dan bertih jagung di atas talian namun tidak berkesempatan. Jadi dia mahu memborong beberapa produk itu di booth tersebut.

Mana you tahu saya ada niaga di sini? – DSV

Kami selalu tengok you live kat TikTok... – pelanggan

DSV bagaimanapun terus mempromosi satu persatu produk yang dijualnya sambil bertutur dalam bahasa Mandarin. Tanpa berfikir panjang, pelanggan itu mengambil setiap tiga daripada produk-produk yang dia inginkan.

Untuk meyakinkan para penonton di media sosial, DSV terus memberikan tester bertih jagung kepada pelanggan tersebut. Dia turut meminta pelanggan itu memberi maklum balas.

@datoserividaofficial

TQ org Sabah Kota Kinabalu.. Borong Sakan.. Ramai Custemer beli banyak banyak.. Salmon Salted Egg @cikb_havoc66 @PAPPILON POPCORN HQ @PAPILON POPCORN HQ #fyp #fypage #fypage #fyppppppppppppppppppppppp #fypdong #fypシ゚viral

♬ bunyi asal – 祖尔。

Netizen teruja tengok cara DSV berniaga

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji DSV yang pandai bertutur dalam bahasa Mandarin malah caranya juga tidak kekok mempromosikan produk menggunakan bahasa tersebut.

Dsv 1 Dsv 2

Sebelum ini juga, kebolehan DSV itu pernah tular di media sosial ketika dia sedang bercuti bersama anak-anaknya.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.