Bayangkan kalau korang jadi tumpuan utama semasa sambutan Hari Kebangsaan yang ditonton oleh jutaan rakyat Malaysia, tapi tiba-tiba tersasul ketika acara live berlangsung. Mesti rasa malu, kan?
Namun tahniah admin ucapkan kepada adik yang videonya dimuat naik oleh TikTok RTM Malaysia baru-baru ini, apabila dia tetap teruskan juga laungan meskipun sudah tersasul pada awalnya.
Menerusi perkongsian itu, difahamkan video itu merupakan rakaman sambutan Hari Kebangsaan pada tahun 2005 dan kanak-kanak berkenaan dilihat seperti ingin melaungkan ‘Merdeka’, namun tiba-tiba berubah kepada laungan ‘Daulat Tuanku’ pula. Aik yang mana satu eh yang betul?
@radiotelevisyenmalaysia Kalau empunya badan tengok balik momen ni, mesti rasa kelakar 😂 Tak apa, yang penting yakin! 😆 #PerayaanBulanKemerdekaan2005 #SambutanHariKebangsaan #HKHM2025 #RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI
♬ original sound – RTM Malaysia Official – RTM Malaysia Official
Artikel berkaitan: Idea Luar Biasa Ibu Bapa Siapkan Busana ‘Fashion Show’ Merdeka Anak Undang Perhatian Netizen
“Merdek- Daulat Tuanku!” laung kanak-kanak tersebut yang lengkap berbaju tema merdeka.
Memandangkan ia merupakan rakaman pada tahun 2005, ternyata kanak-kanak berkenaan sudah semestinya telah meningkat dewasa.
Isteri kepada kanak-kanak yang tular itu kemudian memuat naik semula video berkenaan, mengimbau kembali kenangan suaminya yang dahulunya pernah ‘terkenal’ di kaca televisyen.
Terima kasih RTM kerana muat naik ini! Suami lama cari video dia tersasul masa merdeka,” tulisnya.
Menurut pemilik akaun TikTok @maruluvsdee, dia berbangga dengan suaminya yang dahulu pernah ‘famous’ dan katanya lagi, sambutan Hari Kebangsaan ini telah diadakan di Putrajaya pada 20 tahun yang lalu.
Rata-rata netizen yang melihat video tersebut juga kembali mengimbau kenangan menyambut Hari Kemerdekaan semasa zaman kecil.
Sumber: TikTok