Dunia dah hampir tahun 2020, tapi sikap majikan tak kiralah di Malaysia ke, atau di mana-mana tempat atas muka bumi ini nampaknya masih lagi tak bertamadun dan memperlakukan pekerja mereka seperti hamba abdi.
Baru-baru ni, viral di Indonesia kes seorang majikan telah menjirus dua gelas air panas ke badan pekerjanya gara-gara atas satu alasan bodoh iaitu… gagal mencari gunting yang hilang! Aduiii…
Bos suruh cari gunting hilang, kalau tak jumpa ‘kena denda’!
Menurut Detik News, semuanya bermula apabila seorang majikan bernama Desak Made W yang tinggal di Gianyar, Indonesia ini telah menyuruh pekerjanya, Eka Febriyanti, 21, untuk mencari gunting yang hilang.

Gunting yang dikatakan bernilai Rp 88.000 iaitu bersamaan dengan RM25.35 itu malangnya tak ditemui. Akibat daripada kegagalan tu, majikan tersebut tanpa rasa belas kasihan telah menjirus dua gelas air panas yang sedang mendidih ke tubuh badan Febriyanti.
Ferbriyanti didengar menjerit,
Aduh panas-panas, ampun-ampuuunnn”
Lebih menyedihkan, adik tiri dan seorang pengawal keselamatan jugak turut join menjirus air panas tu. Jirusan tu pulak dimulai dari kepala sampailah ke kakinya. Akibat dari tindakan tu, kulit Febriyanti melepuh dan luka teruk. Aduhai…

Sempat larikan diri dengan panjat pagar rumah majikan
Tak tahan didera, Febriyanti akhirnya memanjat pagar rumah ketika majikannya sedang nyenyak tidur pada Rabu minggu lepas. Dia kemudian ditemui oleh orang kampung yang seterusnya melaporkan hal tersebut kepada pihak polis.

Pun begitu, mujurlah majikannya bersama dua lagi suspek yang menjirus mangsa dengan air panas sudah ditahan polis. Menurut pihak berkuasa, mereka melakukan penjirusan tersebut secara bergilir-gilir.
Walaupun Febriyanti sudah merintih kesakitan, mereka tetap teruskan jugak jirus air panas tu. Allahu… kejamnya!

Apa-apapun marilah kita doakan semoga mangsa sihat semula seperti sediakala. Tak faham min kenapa pasal gunting je sampai nak jirus pekerja dengan air panas. Mental agaknya!