Semalam (1 Januari), ribuan penduduk Jepun terpaksa meninggalkan rumah mereka selepas satu gempa bumi yang kuat sehingga mencetuskan amaran tsunami telah berlaku di pulau utama negara tersebut, Honshu.
Tak cukup dengan itu, sejak letusan ini berlaku, sebanyak lebih dari 140 gegaran susulan telah menggegarkan Jepun sehingga pagi tadi dan menurut Agensi Meteorologi Jepun, gegaran kuat akan berterusan selama beberapa hari lagi.
Ekoran dari ini juga, ratusan bangunan telah runtuh di kawasan gempa bumi termasuk wilayah Niigata, Toyama, Fukui dan Gifu.
Manakala di pusat gempa semenanjung Noto pula, jalan-jalan telah mengalami kerosakan teruk sehingga membuatkan kerja-kerja menyelamat menjadi lebuh sukar sementara lebih 30,000 rumah telah terputus bekalan api.
https://twitter.com/SardarHamzaW/status/1742092708020146475
Satu pembakaran besar turut berlaku di Bandar Wajima yang turut memusnahkan lebih 100 bangunan di sana.
Artikel berkaitan: “Gegaran 20-30 saat” – Rakyat Malaysia Cerita Keadaan Terkini Selepas Gempa Bumi Di Jepun
Artikel berkaitan: “Kami dalam train” – Awal Ashaari Ada Di Jepun Semasa Gempa, Hanya Tahu Keadaan Teruk Melalui Berita
Dekat bawah ni adalah beberapa perkara yang telah berlaku setakat artikel ini ditulis:
- Selepas gempa bumi kuat bermagnitud 7.6 berlaku, sebanyak 21 gempa bumi susulan sekuat 4.0 magnitude telah melanda pusat Jepun dalam masa 90 minit.
- Agensi Meteorologi Jepun turut memberitahu bahawa lebih banyak gempa bumi besar dengan intensiti seismik sebanyak 7 magnitud boleh melanda kawasan tersebut selama dua ke tiga hari berikut.
- Gempa bumi yang melanda Jepun ini merupakan gempa bumi terkuat pernah direkodkan di Semenanjung Noto di wilayah Ishikawa sejak 1885. Manakala, ia juga telah mengeluarkan amaran tsunami besar sejak 11 Mac 2011.
- Tsunami berukuran kurang dari 1 meter telah melanda pantai timur Korea Selatan. Tsunami pertama yang tiba di Korea Selatan berukuran 2.2 kaki dan mungkin akan menjadi lebih tinggi dan akan berterusan sehingga lebih dari 24 jam.
I've been in an #earthquake or two in my day, growing up in California. I experienced the 1989 quake. That was wild.
But this one in Japan has been the longest-lasting quake I've ever seen in my lowly 51 years of existence. The entire 2-minute video+.pic.twitter.com/NbJixPPPuk
— Johnny Akzam (@JohnnyAkzam) January 1, 2024
- Ketika artikel ini ditulis, angka kematian telah meningkat sebanyak 30 dan pihak penyelamat sedang berjuang untuk menyelamatkan orang-orang yang terperangkap dalam runtuhan secepat mungkin.
- Gempa bumi ini telah menyebabkan pengangkutan awam di sana terhenti dan lebih dari 1,400 penumpang yang menaiki empat kereta api di antara stsesen Toyama dan Kanazawa telah terkandas selepas perjalanan mereka dihentikan selama lebih 11 jam.
- Empat individu telah disahkan meninggal dunia di Ishikawa termasuk seorang lelaki dan wanita berusia dalam lingkungan 50 tahun, seorang kanak-kanak lelaki dan lelaki berusia 70-an.
- Lapan orang pula disahkan meninggal dunia di Bandar Wajima manakala sekurang-kurangnya tujuh orang tercedera.
- Kerosakan dan angka kematian akibat gempa bumi secara keseluruhan masih belum dapat dipastikan lagi.
- Seramai 51,000 orang di kawasan pesisiran pantai telah diarahkan untuk mengosongkan rumah dan diberikan perlindungan di pejabat-pejabat kerajaan dan stadium ketika suhu di sana jatuh di bawah angka sifar.
- Negara jiran, Korea Utara dan Rusia turut mengeluarkan amaran Tsunami.
- Seramai 3,000 anggota penyelamat dari pasukan tentera, bomba dan pegawai polis telah di hantar ke Noto.
- Sebanyak 900 panggilan kecemasan telah dibuat selepas gempa bumi berlaku.
- Amaran tsunami telah ditarik balik pada pagi tadi (Selasa) namun tetap mengeluarkan amaran tentang kerosakan gempa yang dijangka akan berterusan selama beberapa hari
- Penampilan Maharaja Naruhito dan Permaisuri Masako pada Tahun Baru, yang dijangka berlangsung pada hari Selasa telah dibatalkan susulan tragedi ini.
- Setakat ini, Wisma Putra melaporkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat gempa bumi yang berlaku di Jepun.
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam telah menzahirkan rasa simpati dengan tragedi gempa bumi yang melanda Wilayah Ishikawa di tengah Jepun.
Sumber: Independent, Al-Jazeera