in

“Paksa saya tidur dengan mahaguru atas alasan…” – Wanita Dedah Kisah Sikap Suami Lepas Ikut Ajaran Sesat

Ft Suami Ajaran Sesat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara mengikuti kawan zaman sekolah, suami kepada seorang wanita malang ini ‘hanyut’ apabila dia mula mengikuti ajaran sesat dan membuatkan si isteri ini jadi makin tak tahan dan ingin menuntut cerai.

Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengamal undang-undang syariah yang dikenali sebagai Puan Hazwani Zainal ini. Geleng kepala jadinya bila terbaca kisahnya ini.


Artikel berkaitan : “Jangan lari landasan” – Pablo Amirul Pernah Terjerumus Dalam Ajaran Sesat, Kini Lebih Fokus Ibadah

Artikel berkaitan : Pemuzik Jalanan Dituduh Ajar Isteri Ajaran Sesat Millah Abraham, Kena Penjara Sebulan

Menurut si isteri ini, suaminya sudah mula tinggalkan solat atas alasan mahagurunya telah menaikkan tarafnya dan suaminya itu yang membolehkan mereka solat hanya dengan niat. Lebih aneh lagi, puasa juga tidak wajib untuknya kerana suaminya dakwa dia sudah hampir ke tahap wali.

Apa yang menampakkan lagi suaminya sudah mula jauh terpesong, dia dan anak peremuan berumur 8 tahun itu disuruh untuk meniduri mahagurunya. Berkeras untuk enggan turuti permintaan tersebut, dia dan anak didenda dengan teruk.

“Suami pernah suruh saya dan anak perempuan saya yang umur 8 tahun tidur dengan mahaguru atas alasan untuk penghapusan dosa dan boleh masuk syurga tanpa hisab. Tapi untuk ni memang saya lawan cakap suami sampai saya dan anak kena kurung dalam satu bilik gelap dan kaki tangan kami kena rantai. Masa kena kurung tu kami dipaksa hafal satu doa untuk meminta maaf kepada mahaguru.”

Jelasnya, suaminya itu sudah menyertai ajaran sesaht ini seama 3 tahun selepas dia temui rakan zaman belajar dahulu. Bercerita mengenai nafkah pula, si isteri menyatakan bahawa dia tidak terima apa-apa sebaliknya dia yang diarah oleh suami.

“Sejak dia terlibat dengan kumpulan ajaran sesar tu, dia tak pernah beri nafkah. Dia pun dah berhenti kerja. Dia kata kerja arkitek ini dunia je dan lebih baik fokus dekat syurga yang dijanjikan mahaguru dia.”

“Suami juga suruh saya dan anak kutip derma di pasar malam. Tapi duit tu semua dia ambil dan bagi dekat mahaguru dia. Saya cuma dapat RM 20 je untuk saya dan anak makan.”

@puanhazwanizainal

FASAKH: SUAMI AMAL AJARAN SESAT Isu ajaran sesat bukanlah isu yang boleh dpandang remeh kerana ini boleh libatkan akidah pihal-pihak. Malah ajaran sebegini boleh merosakkan keturunan. ajaransesat doktrinsesat fasakh perceraian

♬ Musnah – TikTok – Danial Kifli

Katanya lagi, dia akan dipukul suami jika tidak mengutip derma sampai lebam dan dilabel derhaka kerana ingkar arahannya dan mahagurunya. Bagaimanapun, wanita tersebut menjelaskan bahawa
Allah telah menyelamatkannya apabila dia ditangkap oleh pihak JKM kerena mengemis.

“Mungkin takdir Allah nak selamatkan saya. Sekarang saya tinggal dengan Paksu saya sebab mak ayah saya dah tak ada dan saya pun anak tunggal. Saya nak bercerai sangat sebab risaukan keselamatan anak.”

Wanita ini sekarang sedang menjalani pemulihan akidah dan seorang ustazah selepas membuat aduan di pejabat agama. Kisah ini didedahkan apabila dia bertanya kepada Puan Hazwani Zainal untuk menuntut cerai namun buntu kerana tiada bukti.

Jadi, berdasarkan kisahnya, Puan Hazwani Zainal memberi saranan agar si isteri boleh menuntut fasakh kerana penganiayaan pada dirinya selepas mendapatkan lapoan daripada JKM dan Pejabat Agama selain membuat rawatan psikologi untuk rawat trauma.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.