Penyelidik di Institut Virologi China telah mengesan varian baharu koronavirus, HKU5-CoV-2, yang berpotensi merebak kepada manusia.
Memetik laporan Sinar Harian, pakar virologi, Shi Zhengli, berkata virus tersebut ditemui dalam kelawar dan memiliki ciri mirip SARS-CoV-2, penyebab pandemik COVID-19. Ujian menunjukkan ia boleh menjangkiti sel manusia dengan cara yang sama serta berisiko tinggi menyebabkan wabak.
HKU5-CoV-2 berasal daripada keluarga merbacovirus, sama seperti MERS-CoV, yang boleh menyebabkan demam, batuk, sesak nafas, cirit-birit, muntah, dan kematian.
Sehingga kini, tiada vaksin ditemui, dan pakar kesihatan memberi perhatian serius terhadap risiko jangkitan, terutamanya kepada individu dengan sejarah perjalanan ke kawasan habitat kelawar.
Penyelidik menegaskan bahawa banyak aspek virus ini masih belum difahami sepenuhnya, dan pemantauan rapi diperlukan bagi mengelakkan potensi ancaman kesihatan global.
Baca: Lepas 5 Tahun Covid-19 Menyerang, Kini China Berdepan Dengan Wabak hMPV Pula