Satu pandemik baru berisiko tinggi yang membawa maut diramal bakal tercetus akibat fenomena perubahan iklim di Lautan Artik.
Menurut Daily Star, ramalan daripada pakar itu menjelaskan bahawa ais di Lautan Artik yang mencair akan menyebabkan virus dan bakteria purba merebak setelah beku selama sejuta tahun.
Jalankan penyelidikan selama lebih 30 tahun
Penyelidik kanan di Akademi Sains Rusia, Stesen Penyelidikan dan Eksperimen Timur Utara di kampung Chersky, Sergei mengatakan bahawa permafros kini mencair dengan cepat.
“Kami telah menjalankan penyelidikan selama lebih 30 tahun iaitu sejak tahun 1990.”
“Jumlah metana di atmosfera telah meningkat dengan ketara seperti yang kita ketahui daripada data penganalisis gas.”
Beliau juga menjelaskankan bahawa permafros tidak pernah cair sejak berjuta-juta tahun lalu dan virus purba yang dikatakan wujud sebelum ada manusia moden berevolusi yang tidak terdedah kepada udara akan dikeluarkan.
Selain itu, Diplomat Kanan Rusia, Nikolay Korchunov pula berkata kerajaan negara itu telah mencadangkan satu projek mengenai bio keselamatan kepada Majlis Artik sebagai langkah berjaga-jaga daripada bahaya yang timbul daripada permafros yang semakin cair.
“Terdapat risiko tentang kemunculan virus dan bakteria purba. Oleh itu, Rusia telah memulakan projek ‘bio keselamatan dalam Majlis Artik.”
Baca : Adik Raja Thailand Lulus Vaksin Alternatif Lepas Rakyat Marah Kerajaan Terlalu Lambat