in

Pakar Kanak-kanak Tegur Tindakan Ibu, Muat Naik Video Anak Batuk Untuk Tarik Perhatian Netizen

Pakar Kanak Kanak Tegur Ibu Anak Batuk

Beberapa hari lalu, tular di laman TikTok seorang wanita dilihat membuat sesi ‘live’ dengan memaparkan anaknya yang masih kecil dalam keadaan sakit dan batuk dengan sangat teruk.

Sesi live berkenaan mengundang rasa bimbang netizen akan kesihatan kanak-kanak berkenaan, yang mana ibu tersebut sepatutnya membawa anak itu ke hospital dan bukannya membuat live demi meraih simpati.

Rakaman tersebut juga telah mendapat perhatian seorang pakar kanak-kanak di TikTok yang memuat naik video menegur tindakan ibu berkenaan.

Artikel berkaitan: Ambulans Tak Jumpa Rumah, Ibu Gigih Kayuh Basikal Dalam Gelap Demi Anak Sakit

Artikel berkaitan: “Saya jual ginjal” – Bapa Buat Iklan Nak Jual Organ Kat Orang Ramai Sebab Nak Tampung Anak Sakit Tumor Otak

“Saya kena komen juga sebab ini tentang nyawa bayi”

Menurut pakar kanak-kanak bernama Adda ini, sepatutnya si ibu membawa anaknya yang masih bayi itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan daripada membuat live di TikTok demi meraih simpati ramai.

Batuk seperti ini akan membuatkan anak ini m*ti serta merta di situ juga kerana bila lihat pada akhir budak itu batuk, dia telah menarik nafas yang panjang.

“Itu bermaksud dia sudah kekurangan oksigen kerana saluran paru-parunya dah sempit dan dia sukar bernafas,” kata Adda.

Tambahnya lagi, kes ini mungkin terjadi kerana kanak-kanak itu mengalami jangkitan paru-paru dan tidak sepatutnya si ibu membiarkan anaknya di dalam sesi live kerana ia membahayakan nyawa bayi itu.

Menerusi ruang kapsyen, pakar kanak-kanak ini juga menegur sikap ibu bapa yang ingin paparkan semua perkara di TikTok hingga hilang rasa tanggungjawab untuk selamatkan nyawa anak tersebut.

Marah

“Dah lapor JKM, hari tu JKM dah call dia time live tapi…” 

Posting berkenaan menerima pelbagai komen daripada netizen yang bersetuju dengan teguran pakar kanak-kanak tersebut dan ada juga yang telah membuat laporan berhubung wanita itu kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut seorang netizen, pihak JKM ada menghubungi wanita itu ketika dia membuat sesi live namun panggilan dimatikan secara tiba-tiba.

Malah pakar kanak-kanak itu sendiri ada melaporkan hal itu di Talian Kasih, namun ia dikatakan di luar kuasa badan berkenaan. Dia mengesyorkan agar netizen membuat laporan polis terlebih dahulu dan selepas kes disiasat barulah pihak JKM boleh membuat penilaian.

Comments Jkm

Apa-apapun harap bayi tu dah sihatlah. Risau min tengok dia batuk teruk sangat tu. 

Sumber: TikTok