in

Pakar Forensik Dakwa Ada Air M*ni Milik Suami Pengasuh Pada Bahagian Sulit Bayi 9 Bulan

ft suami pengasuh

Seorang penganggur akhirnya dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 13 sebatan selepas  didakwa meliwat dan membunuh anak asuhan isterinya yang berusia 9 bulan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat lalu.

Lelaki yang dikenali sebagai Mohamed Badruldin Mohamed, 40 dikenakan hukuman tersebut selepas dia mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang telah dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Aslam Zainuddin.

Artikel berkaitan : Jangan Panik Bila Air Naik, Ini 6 ‘Tips Survival’ Yang Korang Patut Tahu Semasa Berlaku Banjir

Artikel berkaitan : Banjir Di Hatyai: 36 Pelajar Dan 4 Pensyarah UUM Antara Yang Terkandas

 

Bayi meninggal dunia akibat lemas

Memerik laporan Sinar Harian, lelaki itu telah dihukum penjara 10 tahun dan 1 sebatan bagi kesalahan meliwat sementara 30 tahun dan 12 sebatan untuk kes membunuh bayi malang itu.

Pihak mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara serentak mulai tarikh dia ditangkap iaitu pada 29 April 2021.

Berdasarkan fakta kes, terdapat kesan asid deoksiribonukleik (DNA) dan ekstrak air mani milik tertuduh di dubur dan usus besar bayi itu.

Malah hasil daripada bedah siasat oleh Pakar Perubatan Perunding Forensik, Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sungai Buloh ketika itu, Dr Rohayu Shahar Adnan turut mengesahkan wujudnya kecederaan akibat objek tumpul pada dubur mangsa.

Screenshot 2025 11 24 171353

“Punca kematian ialah ‘smothering’ (keadaan yang melemaskan), sampel DNA juga mengesahkan terdapat ekstrak sel sperma milik OKT pada dubur dan rektum si mati.”

“Tertuduh didapati melakukan persetubuhan luar tabii. Ada juga luka koyak dan lebam yang boleh disebabkan oleh jari atau zakar, sekali gus mengukuhkan dakwaan penderaan seksual terhadap bayi tersebut.”

Pada hari kejadian, pengasuh yang merupakan isteri kepada suspek iaitu Norhidayah Ab Hamid memberitahu ibu mangsa iaitu Robiatul’ Adawiah Aziz bahawa anaknya dibawa ke Hospital Sungai Buloh kerana tidak sedarkan diri.

Berikutan itu, pada jam 7 malam, sepasukan doktor dan jururawat Robiatul’ Adawiah Aziz bahawa anaknya dibawa ke Hospital Sungai Buloh kerana tidak sedarkan diri.

Namun mangsa telah disahkan meninggal dunia pada jam 12.18 tengah hari, 28 April 2021. Berdasarkan pertuduhan, suspek telah didakwa membunuh bayi lelaki yang berusia 9 bulan di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat Lembah Subang di sini antara jam 8 pagi dan 3.30 petang, 27 April 2021.

Screenshot 2025 11 24 171744

Dia telah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Sementara itu, bagi pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap mangsa, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu yang dilakukan di lokasi, waktu dan tarikh sama.

Kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang telah memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dari 5 tahun dan maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.

Mengikut kes, pendakwaan telah dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shahrul Ekhsan Hasim sementara pembelaan oleh peguam, Azizul Shariman.

Sewaktu prosiding Shahrul Ekhsan memohon kepada mahkamah supaya suspek dikenakan hukuman mati kerana mangsa dalam kes ini merupakan seorang bayi yang masih kecil diperlakukan sedemikian rupa oleh tertuduh yang sudah dewasa.

Screenshot 2025 11 24 171621

“Ibu bapa mangsa perlu bekerja lalu menghantarnya untuk dijaga oleh isteri Mohamed Badruldin tetapi telah diperlakukan sedemikian kerana nafsu serakah tertuduh.”

“Sedangkan mangsa merupakan seorang bayi yang lemah maka dia sepatutnya disayangi dan diberi perhatian.”

Screenshot 2025 11 24 171532

Pada 12 Mei 2021, tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas pertuduhan itu, di hadapan Majistret, Muhammad Iskandar Zainol.

Sumber : Sinar Harian