in

“Pakai barang orang tapi tak bertimbang rasa” – TMJ Bidas Kenyataan Kim Pan-Gon

Tmj Kpg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Arena bola sepak Malaysia semakin mendebarkan kerana pasukan kebangsaan, Harimau Malaya bakal berentap untuk mendapatkan kejuaraan Piala AFF yang bakal diadakan hujung bulan Disember ini.

Pun begitu, baru-baru ini jurulatih skuad Harimau Malaya mengeluarkan kenyataan di mana dia mengakui ini kali pertama sepanjang kariernya menyaksikan pemain menolak panggilan pasukan kebangsaan.


Menurut laporan Utusan Malaysia, seramai 12 orang pemain kebangsaan menolak untuk menyertai kejohanan itu dan 11 orang daripadanya merupakan pemain skuad Johor Darul Takzim (JDT).

Jdttmj

Selepas kenyataan jurulatih Harimau Malaya itu, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) yang juga pemilik JDT tidak berdiam diri dan mempertahankan pemain-pemain skuad tersebut.

Menerusi Instagram miliknya, TMJ menyifatkan kenyataan Kim Pan-Gon itu sebagai sesuatu yang tidak bertimbang rasa dan beliau juga mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan mengapa ada pemain yang berbuat sedemikian.

Fi4Qvhfviaazsin

Dalam tangkap layar yang dimuat naik di Twitter itu, TMJ menegaskan pemain-pemain itu adalah manusia biasa dan memerlukan rehat selepas berhempas-pulas dalam saingan liga Malaysia.

“Apabila liga atau pertandingan domestik kita break, pemain national team tiada break kerana mereka ada training camp selama 3 minggu.

Apa punya pemimpin atau ketua tiada simpati terhadap pekerjanya? Tiada rasa segan. Yang bayar gaji dan invest adalah club bukan awak.” tulisnya lagi.

Hmm, harap selesai cara elok lah perkara ni…

Baca: “Bawa diri sebagai menteri bukannya ‘Badut’ ” –  TMJ Minta ‘Nasihatkan’ MB Kedah?

Ft Tmj Mb Kedah

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.