Selebriti memang tidak dapat lari dengan kritikan dan kecaman netizen. Apa sahaja mereka lakukan ada sahaja pihak yang tidak berpuas hati sehingga melemparkan kata-kata yang tidak senonoh.
Bukan itu sahaja, kadang kala kerana isu yang kecil, perbalahan boleh tercetus dek kerana tidak sefahaman ditambah pula dengan bahasa kesat yang digunakan serta sifat tidak mahu mengalah.
Baru-baru ini, ruangan komen di Instagram Zara Zya telah dicemari dengan perbalahan antara peminat dan netizen. Puncanya adalah kerana pelakon cantik Zara Zya telah memuat naikkan gambarnya memakai baju yang ketat.
Zara Zya memang berkongsi gambar ‘ootd’ di akaun Instagram untuk dikongsikan bersama peminatnya. Namun, kali ini ada segelintir yang kurang senang dengan cara pemakaiannya sehingga mengeluarkan perkataan berbaur lucah.
Kebanyakan teguran yang diberikan jarang sekali menggunakan perkataan yang baik-baik sehinggakan bukan sahaja peminat, Zara Zya juga turut tampil menjawab kecaman mereka.
Tindakan Zara itu malangnya membuatkan netizen semakin marah kerana dianggap mudah melenting dan tidak boleh menerima teguran daripada orang lain.
Apa-apapun, tidak salah nak menegur kesalahan seseorang tetapi perlulah dilakukan dengan cara yang berhemah dan tanpa menyinggung perasaan sesiapa. Diharapkan perbalahan di Instagram Zara Zya tidak akan berterusan.
Semoga hal ini dapat dijadikan pengajaran buat netizen dan juga artis-artis.