Baru-baru ini, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed telah melarang mana-mana pihak untuk menyertai Himpunan Solidariti Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini.
Selain itu, pihak polis turut membuat beberapa sekatan jalan raya (SJR) di jalan-jalan masuk ke Putrajaya dan turut akan membuat pemeriksaan ketat ke atas semua orang yang akan memasuki ke kawasan Putrajaya.
Artikel berkaitan: Peguam Dedah Surat Istana Pahang, Sahkan Wujud Titah Adendum Benar Najib Jalani Tahanan Rumah
Artikel berkaitan: “Dah terfikir nak buka puasa apa dengan kamu semua” – Yana Najib Kongsi Reaksi Bapa
Ekoran ini, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa Najib telah memuat naik tangkap layar berita SJR yang bakal diadakan itu di Instagram Story serta turut memberikan komen berbaur sindiran terhadap tindakan pihak polis itu.
Yana meluahkan rasa pelik dengan tindakan pihak polis yang mahu menyekat himpunan tersebut lebih-lebih lagi di bawah pimpinan kerajaan sekarang.
In the era of ‘reformasi’? Kalau pakai baju Bersih, boleh lepas tak?”
Walaupun amaran dan sekatan telah dibuat oleh pihak polis, orang ramai tetap membanjiri perkarangan Istana Kehakiman hari ini bagi menyokong bekas Perdana Menteri ketika pendengaran rayuan hukumannya ini.
Manakala dalam sesi pendengaran hukuman rayuan pula, pasukan pembelaan memberitahu mahkamah bahawa Titah Adendum yang membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara selama enam tahun di bawah tahanan rumah telah disembunyikan dari pengetahuan umum.
Menurut Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, perintah tersebut memang wujud dan telah pun ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.
Surat itu ditandatangani oleh Pengelola Bijaya Diraja, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
“Berdasarkan isi kandungan surat terbabit, ia memperakukan kewujudan dan kesahihan Titah Adendum bertarikh 29 Januari 2024.”
Mahkamah Rayuan menetapkan jam 1 petang untuk menentukan sama ada untuk membenarkan rayuan Najib Razak untuk memulakan semakan kehakiman bagi menguatkuasakan titah adendum menjalani baki hukuman tahanan di rumah.
Berita lanjut menyusul.
Sumber: Instagram, Berita Harian, X