in

“Pahala pun dapat” – Pelanggan Sambung Ayat Al-Quran Dari Peniaga, Dapat Apam Balik Percuma

apam balik sambung ayat al quran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang peniaga apam balik di sebuah bazar Ramadan dekat Putrajaya telah mencuri perhatian ramai apabila dia menguji pelanggannya untuk menyambung bacaan ayat Al-Quran.

Sekiranya ada yang dapat menyambung bacaan Al-Quran itu dengan baik, peniaga tersebut akan memberikan menu jualannya iaitu apam balik secara percuma.


Menerusi video tular yang dikongsikan di TikTok, kelihatan peniaga berkenaan mencabar dua orang pelanggannya ‘menebuk’ ayat Al-Quran dengan menyambung surah ‘Abasa.

Artikel berkaitan: “Lancar tanpa salah” – Netizen Terpegun & Cemburu Melihat Dua Adik Kecil Ini Fasih Mengaji

Artikel berkaitan: “Content paling hebat” – [VIDEO] Spontan Sambung Ayat Quran, Suara Pakcik Ni Buat Ramai Terpegun!

Kemudian, salah seorang pelanggan iaitu seorang wanita menyambung membaca ayat Al-Quran berkenaan dengan begitu lancar.

Tindakan pelanggan tersebut berjaya membuat peniaga berkenaan kagum dan memuji kebolehannya menyambung surah berkenaan.

“Abang, akak dapat bang, baguslah kak. Mantap kak,” kata peniaga berkenaan.

@bosssyuk

Apam balik paling sedap hanya di @KuhotPutrajaya , Pandai tebuk dpt free bebbb #bazaarramadan #bazaar #hariraya #bajuraya #raya #duitraya

♬ original sound – bosssyuk – bosssyuk

Menerusi semakan dibuat, difahamkan peniaga terbabit sememangnya biasa membuat cabaran sedemikian kepada pelanggannya khusus yang datang ke gerai jualannya di Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya.

Dia menggunakan pendekatan unik ini sebagai satu cara untuk menggalakkan orang ramai menghafal dan memahami ayat-ayat suci Al-Quran selain bersedekah di bulan Ramadan.

Selain pelanggan yang berjaya menyambung bacaan ayat Al-Quran, apam balik secara percuma juga disediakan kepada golongan wanita yang sedang mengandung.

“Apam balik dapat, pahala pun dapat”

Meninjau ke ruangan komen, netizen memuji usaha murni yang dilakukan peniaga tersebut, begitu juga terhadap pelanggan yang berani menyahut cabaran itu.

Screenshot 2025 03 10 155751 Screenshot 2025 03 10 155759 Screenshot 2025 03 10 155811 Screenshot 2025 03 10 155829

Dalam pada itu, netizen turut menitipkan doa agar perniagaan apam balik tersebut terus berkembang maju.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.