Aktiviti mendaki bukit atau gunung kini menjadi kegilaan ramai apabila kerajaan Malaysia telah melonggarkan syarat pergerakan bagi yang sudah lengkap dua dos vaksin di negeri dalam Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Bukit dan gunung dijadikan destinasi bagi penggemar hiking tidak kira umur. Namun dalam perkongsian @haishah.hashram, dia telah memuat naik video di akaun Tiktoknya yang kelihatan seorang warga emas sedang mendaki bukit. Macam orang muda.
https://www.tiktok.com/@haishah.hashram/video/7010359090400611610?_d=secCgYIASAHKAESPgo80zHw9vMmAcmUSfw9DsATAuO1kHPaNOY9%2FzujgV%2B%2F3TrqQfMKGzNHX57TyyPjrOHzUM%2FBsWSS%2Bq1eAk3YGgA%3D&checksum=585b1af07385fed4d0c2353f9a6a586243c952fd63de0b33d5841f338fde114e&language=en&mid=6981181561206999810&preview_pb=0®ion=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAARhT18VqyxLysZo8M25nbYo8BCqL7xw9pxTG78RWN_kk8wQmenerUUbXwyJ_WxKqr&share_app_id=1180&share_item_id=7010359090400611610&share_link_id=278F0213-240B-4EAB-8551-1BE2927A7851&source=h5_t×tamp=1632325791&tt_from=whatsapp&u_code=dh0fc5ab8cm3m2&user_id=6925664759305257986&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=whatsapp&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
“Nak mendaki juga”
Bukit Panau di Kelantan mempunyai ketinggian 255 meter dari aras laut telah menjadi tarikan bagi penduduk sekitar untuk melakukan aktiviti mendaki. Tidak terkecuali keluarga Haishah juga turut serta dalam aktiviti tersebut.
Tapi apa yang memeranjatkan, nenek Haishah atau lebih dikenali sebagai Mak Tok pun join mereka mendaki bukit. Dalam video itu, Mak Tok yang berpakaian jubah kelihatan sedang memegang tongkat hampir sampai di puncak bukit tersebut.
“Kudrat orang muda”
Beberapa orang muda yang sudah berada di puncak bukit bagaikan tidak percaya apabila melihat seorang warga emas mampu mendaki bukit setinggi itu. Mak Tok memang padu!
Menurut Haishah, Semasa mendaki Bukit Panau, Mak Tok tidak berhenti rehat malah dia meneruskan perjalanan untuk sampai ke puncak. Siap berlari pula tu bila sampai.
Video yang dimuat naik semalam ini telah mendapat hampir setengah juta tontonan di Tiktok. Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan sangat kagum dengan kudrat warga emas itu. Walaupun sudah berusia, ia tidak menjadikannya satu alasan untuk tidak turut serta.
Antara komen netizen yang min tertarik untuk berkongsi:
Ramai juga netizen mendoakan agar Mak Tok diberikan kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa sihat.
Min kalau hiking, baru sepuluh minit naik dah minta turun balik.