in

“Padu sangat ni!” – Hanya Dua Beradik Berarak Masuk Wakil Malaysia, Tapi Dua-dua Naik Podium!

Syaz Ft 2024 09 09T111743.170

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung minggu lalu, tular sebuah video yang memaparkan dua beradik mewakili Malaysia bagi acara memanah berkuda di Perancis.

Namun apa yang menarik perhatian ialah, hanya mereka berdua yang mewakili dan membawa bendera Malaysia ketika perarakan masuk European Kids Horseback Archery Championship 2024.


Artikel berkaitan: “Dah menang satu pingat!” – Kenali Atlet Para Yang Mewakili Malaysia Dalam Paralimpik Paris 2024

Artikel berkaitan: Atlet Filipina Jadi Yang Pertama Rangkul Pingat Emas Bagi Wakil Negara Asean Di Sukan Olimpik Paris 2024

Menurut laporan Kosmo!, Abdurrahman Ahmad Mu’az diumumkan juara bagi kategori bawah 14, manakala adiknya, Heba Nusaybah pula naib juara untuk kategori bawah 12 pada pertandingan yang berlangsung di Gauchoux, Perancis pada 21 hingga 23 Ogos lalu.

@fathimridayu

Wakil negara terakhir yang berarak 😂 🇲🇾

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Dalam video yang dikongsikan oleh ibu kepada kedua-dua atlet muda itu, difahamkan hanya dua wakil dari Malaysia menyertai pertandingan tersebut dan penyertaan Abdurrahman dan Heba Nusaybah merupakan tajaan sendiri.

Berbeza dengan kontinjen dari negara lain, Malaysia hanya diwakili dua orang manakala negara seperti Turki dan Perancis menghantar kontinjen yang besar.

Pertandingan itu disertai lebih 110 pesaing dari 16 negara antaranya Perancis, Belanda, Belgium, Indonesia, Brazil, Finland, Poland, England, Sepanyol, Jerman, Afrika Selatan, Switzerland, Turkiye, Amerika Syarikat dan Ireland.

Sumber: TikTok, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.