in

“Padat sangat” – Jepun Bagi RM33K Kepada Keluarga Yang Pindah Keluar Dari Tokyo

F4 Jpntokyopay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui bahawa bandar Metropolis Tokyo sememangnya padat dengan penduduk sehingga kebanyakan dari mereka terpaksa tinggal di rumah yang sempit keluasannya kerana harga tanah sangat mahal di ibu negara Jepun itu.


Oleh sebab itulah, kerajaan Jepun dilaporkan akan memberi wang sehingga 1 juta Yen (sekitar RM33K) kepada setiap anak bagi setiap keluarga agar keluarga tersebut berpindah keluar dari Tokyo ke wilayah-wilayah lain di negara matahari terbit itu.

Memetik laporan Japan Today, langkah berikut diambil tersebut oleh kerajaan Jepun sebagai salah satu inisiatif untuk mengurangkan kepadatan penduduk di Tokyo.

11
Gambar sekadar hiasan

Insentif berbentuk wang tersebut boleh dimohon oleh penduduk yang tinggal di 23 kawasan di Tokyo termasuklah mereka yang berulang alik ke Tokyo dari kawasan sekitarnya seperti wilayah Chiba, Kanagawa dan Saitama.

Penerima wang insentif tersebut perlu tinggal di kawasan penempatan yang terlibat sekurang-kurangnya selama lima tahun.

Selain itu, mereka juga perlu mempunyai pekerjaan sepanjang tempoh berkenaan.

Jika tiba-tiba penerima wang insentif tadi berpindah keluar dari kawasan penempatan tadi dalam tempoh kurang lima tahun, wang yang telah diberikan oleh kerajaan kepada mereka perlu dipulangkan semula.

10
Gambar sekadar hiasan

Selain itu, wang nafkah untuk anak yang berusia bawah 18 tahun juga akan diberikan kepada keluarga yang berpindah keluar dari Tokyo.

Insentif itu dilakukan kerana pihak kerajaan di sana mahu menggalakkan keluarga yang mempunyai anak yang masih bersekolah untuk berpindah ke kawasan luar Tokyo.

Manakala untuk pasangan suami isteri yang layak memohon dan mempunyai dua orang anak bawah 18 tahun memulakan perniagaan di kawasan penempatan baru mereka di luar Tokyo, mereka juga akan menerima bantuan kewangan sehingga 5 juta Yen.

Menarik jugak inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan Jepun ni kan. 

Sumber: Japan Today

Baca: Bos Bagi Cuti 2 Minggu Untuk Tonton Piala Dunia Di Qatar, Peminat Bola Sepak Jepun Viral

F4 Japan Football Fans

Sumber: Japan Times
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.