in

“Padan muka!” – Ketua Protes Anti-Lockdown Di US Sah Positif Covid-19, Kini Terpaksa Duduk Rumah

Collage 62

Beberapa minggu lepas, kita terkejut dan risau bila melihat protes anti-lockdown yang dijalankan di Amerika Syarikat (US).

Lebih membimbangkan apabila US merupakan negara yang mempunyai kes Covid-19 tertinggi dalam dunia tapi beberapa kumpulan di sana masih tak mahu kuarantinkan diri di rumah kerana merasakan kerajaan telah menggugat hak kebebasan mereka. Bebas sangat pun susah jugak…

Seorang penganjur kumpulan protes anti-lockdown di North California, ReOpen NC, yang telah meminta kerajaan untuk “mengangkat” lockdown ini malangnya telah disahkan positif Covid-19 dan kerana ini dia telah terlepas untuk menghadiri dua perhimpunan protes yang dianjurnya itu.

Ap 20111728500234 9B9E76Dba26485Ca70B5B1C190E12Df1F3926Dbd S800 C85 768X575 1

CBS melaporkan, Audrey Whitlock mengadu yang kerajaan telah mencabuli hak dia sebagai rakyat yang bebas bersuara dan berhimpun pada bila-bila masa selepas dia “dipaksa” untuk kuarantinkan diri sendiri.

Saya diberitahu untuk tak libatkan diri di tempat awam atau peribadi oleh kerajaan, dan dengan ini mereka telah melanggar hak pindaan pertama negara ini. Mereka juga telah memberi amaran untuk menahan saya jika saya tak patuhi arahan kuarantinkan diri.”

Audrey Whitlock

Walaupun Audrey dah disahkan mengidap Covid-19, ini tetap tak menghentikan kumpulannya untuk meneruskan protes meminta Gabenor Roy Cooper untuk mempercepatkan rancangan bagi “mengangkat” arahan untuk duduk di rumah.

Malah menurut kumpulan ini, mereka akan terus membuat protes setiap hari selasa sehingga arahan duduk di rumah yang sudah pun dilanjutkan hingga 8 Mei ini ditamatkan.

Memang tak faham bahasa betul dorang ni. Dorang tak faham ke kalau dorang nak kerajaan bagi balik “kebebasan” dorang tu, dorang kena duduk rumah dulu?

 

Baca: “Sibuk nak freedom of speech” – Anjur Protes Bantah Lockdown, Wanita 27 Tahun Dipenjara 90 Hari

Screenshot 2020 04 28 At 5.10.29 Pm

Sumber: NPR