Masih ramai yang tak ambil serious tentang penggunaan helmet ketika menunggang dan membonceng motosikal. Kadang-kadang kalau pergi dekat tengah bandar pun ada je yang selamba tak pakai helmet. Keras ke kepala tu?
Tapi seorang lelaki baru-baru ni bukan saja tak pakai helmet tapi selamba tunggang motor langgar lampu merah di lampu isyarat simpang empat.
Melalui satu video yang viral dekat Twitter, kejadian tersebut berlaku pada 13 September lepas kira-kira jam 12 tengah hari. Lelaki berbaju biru itu pada mulanya dilihat berhenti di lampu isyarat sambil membelek dan membetulkan rambut dekat cermin motor.
Lepas tu dia pandang keadaan sekeliling, tengok kenderaan lalu lalang dan bila keadaan sedikit reda dengan selamba dia terus tunggang motor ke depan.
Nampak macam smooth je kerja dia tu tapi bila dah nak dekat sampai hujung sebuah motosikal lain yang tengah laju tak sempat elak dan terlanggar bahagian belakang motor dia.
Memang nampak perlanggaran tu sangat kuat dan penunggang yang terlanggar dia tu tergelincir dan motor pun berpusing atas jalan beberapa meter.
Lepas kemalangan tu, penunggang tersebut dilihat tidak bergerak sebelum beberapa orang lain berhenti untuk membantu.
Tak dinyatakan kecederaan yang dialami penunggang dan lelaki yang langgar lampu merah tu tapi ramai yang bagi respon lepas tonton video ni dekat Twitter.

Tonton video di bawah:
https://twitter.com/My_CrimeWatch/status/1190513319011962880
Bila tak ikut undang-undang ni, bukan setakat bahayakan diri sendiri tapi orang lain juga. Jadi janganlah selfish ye!