in

“Padam balik benda yg awak dh viral” – Mamat Nak Lambung Gadis Menyesal Kelakuan ‘Gatal’ Tersebar

Feat 6

Korang ingat lagi tak semalam admin ada cerita gadis terima mesej pelik-pelik dari bakal rakan sekerja? Ala, yang nak lambung-lambung perempuan sebab badan dia kecik tu…

Sebabkan gadis ni tak selesa dengan tindakan mamat tu yang gatal merenyam tak tentu pasal, dia mengadu dekat Twitter dan tindakan lelaki tersebut dah viral sampai ke HR syarikat tu. Memang patut pun kenalah.

D5 Y2Hmucae1Qnt

Dah terhantuk baru nak terngadah

Peribahasa kat atas ni memang sesuai sangat dengan situasi ni. Mana taknya, lepas cerita dia viral dan sampai ke pengetahuan HR syarikat, barulah dia nak IM gadis ini untuk minta teks mesejnya dipadamkan.

D6Dyggjuiaepsek

Barulah nak fikir periuk nasik segala, sebelum hantar mesej tu tak nak pulak fikir? Ingat perempuan sekarang ni akan diam je ke? Lepastu cakap nak tolong je? Tolong apa? Tolong lambung? Ish emosi admin.

Bukan admin je yang emosi, netizen pun geram juga dengan tindakan mamat ni yang senang-senang je minta maaf lepastu cakap dia bergurau.

Screenshot 2019 05 09 At 4.13.25 Pm Screenshot 2019 05 09 At 4.14.09 Pm Screenshot 2019 05 09 At 4.14.30 Pm Screenshot 2019 05 09 At 4.15.07 Pm

Benda ni jadikan pengajaran untuk kita semua, sebelum nak buat apa-apa fikir dulu. Lagi-lagi sekarang ni mudah sangat berita nak tersebar.

 

Baca: “Kecik je awak ni, senang nak lambung” – Belum Masuk Kerja Gadis Ini Dapat Mesej Pelik Daripada Bakal Colleague

Screenshot 2019 05 09 At 4.22.50 Pm