Banjir yang berlaku di beberapa kawasan di Malaysia bukan sahaja mengorbankan harta benda dan nyawa manusia, malah haiwan peliharan dan haiwan jalanan turut terjejas dengan bencana ini.
Baru-baru ini, seorang mangsa banjir yang dikenali sebagai Afiqah Shubhiah ada berkongsikan kisah lapan kucing miliknya yang bijak menyelamatkan diri ketika banjir melanda.
Menerusi satu perkongsian di Facebook ‘Kucing Buat Hal Apa Hari Ni?’, wanita ini berkata rumahnya yang terletak di Taman Sri Nanding terkesan dengan banjir yang mula melanda beberapa hari lalu.
Jelasnya, banjir pada ketika itu sudah hampir mencapai paras bumbung rumah. Lebih merisaukan, mereka sekeluarga tiada di rumah dan tidak mengetahui keadaan semasa kelapan-lapan kucing yang dipelihara.
Selepas air mula surut, mereka pulang ke rumah dan mula mencari kucing-kucing yang ada. Wanita ini meluahkan rasa syukur apabila melihat kesemua lapan kucing selamat meskipun rumah tersebut terkesan dengan banjir.
“Nasib baik semua 8 kucing selamat. Diorang bergayut di rail langsir sambil silang kaki”, terang wanita ini bagaimana kucingnya menyelamatkan diri ketika bencana banjir.
Bagaimanapun, wanita ini berkata kucing-kucing tersebut kini trauma dengan air dan tidak larat untuk bergerak dan makan. Mungkin disebabkan sudah hilang selera dan terlalu penat bergayut di rel langsir.
Apa-apa pun, Oyen and the gang memang bijak! Syukur semuanya selamat.
Kredit: Afiqah Shubhiah
BACA: Terima Kasih Abang Rider! 7 Ekor Kucing Diselamatkan Lelaki Ini Guna Beg ‘Delivery’