Tak hairanlah kenapa kucing sering menjadi pilihan ramai pencinta haiwan untuk dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Ini kerana si bulus ini memang ada banyak ragam dan gelagat yang melucukan.
Seperti yang terjadi kepada seorang penumpang kapal terbang di Amerika Syarikat ini apabila pihak pegawai TSA (Transportation Security Administration) di lapangan terbang JFK di New York menemui seekor kucing berwarna oren berada di dalam bagasi penumpang berkenaan.
Menurut Malay Mail, keberadaan kucing tersebut di dalam beg penumpang itu telah diketahui setelah bagasi berkenaan diimbas menerusi mesin X-Ray di lapangan terbang itu.
Difahamkan, kucing tersebut merupakan haiwan peliharaan yang dimiliki rakan serumah kepada pemilik beg itu.
Pemilik bagasi yang tidak didedahkan identitinya itu mengatakan dia sendiri pun tak tahu bagaimana kucing itu boleh ‘termasuk’ ke dalam begnya.
Mungkin time tengah packing beg tu, kucing tu pun menyelinap masuk dan menyorok dalam timbunan pakaian. Itu yang tak perasan tu kot.
Menurut jurucakap TSA iaitu Lisa Farbstein, kucing oyen itu telah dikeluarkan dari beg itu dan telah dihantar pulang untuk kembali ke pangkuan tuannya.
This is how @TSA at @JFKairport spotted the cat in the checked bag. The X-ray machine is this cat's new best friend! https://t.co/Bns0z28BCL
— Lisa Farbstein, TSA Spokesperson (@TSA_Northeast) November 22, 2022
Macam-macam hal betul Oyen ni. Nasib baik comel, so kalau nak marah pun tak jadi.
Sumber: Malay Mail, Twitter @TSA
Baca: Mirip Dengan Karakter Terkenal Puss in Boots, Kucing Oyen Ini Miliki 600 Ribu Pengikut di IG