in

#Oscars: Michelle Yeoh Menang Pelakon Terbaik, Bakal Bawa Pulang Trofi Ke Malaysia

Collage 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, nama yang tak asing lagi untuk orang Malaysia pelakon Tan Sri Michelle Yeoh telah mencipta sejarah selepas berjaya membawa pulang trofi Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik di dalam filem Everything, Everywhere All At Once.

Kalau korang nak tahu, Michelle merupakan wanita Asia pertama yang berjaya memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik sepanjang 95 tahun Akademi berlangsung. Bukan tu je, beliau juga merupakan orang Malaysia pertama yang dicalonkan dan menang anugerah ni. Fuyoooo


Lebih membanggakan, Michelle Yeoh turut menyebut nama Malaysia dalam ucapan kemenangannya sebentar tadi.

Saya mahu dedikasikan kemenangan ini kepada ibu saya, kepada semua ibu di dunia kerana mereka adalah superhero. Tanpa mereka kita tak akan berada di sini malam ini.

Saya juga akan bawa trofi ini pulang kepadanya. Dia kini sedang menonton sekarang di Malaysia, KL bersama keluarga dan rakan-rakan saya. Saya akan bawa ini kepada anda semua.”

Untuk pengetahuan korang, Michelle Yeoh telah memenangi beberapa anugerah pelakon terbaik bagi filem yang sama tahun ini termasuklah, Golden Globes, Screen Actors Guild dan Independent Spirit Awards.

Sementara itu, ibu Michelle Yeoh, Datin Janet Yeoh, yang turut serta dalam acara tontonan Anugerah Akademi di KL dilihat sebak melihat anaknya memenangi anugerah tersebut.

Yayyy, harapnya lepasni dapat tengok Michelle Yeoh berlakon filem lokal. Confirm laku kerassss

 

Baca: Michelle Yeoh Cipta Sejarah, Jadi Wanita Asia Pertama Tercalon Anugerah Oscar Lepas Hampir 1 Abad

Michelle Yeoh Oscar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.