Tular di media sosial beberapa buah video menunjukkan kejadian di mana beberapa penunggang motosikal dipercayai berlumba di Persimpangan Kompleks Sukan Pandamaran, Klang pada awal pagi Ahad.
Tindakan sekumpulan penunggang motosikal itu berakhir dengan dua daripada mereka terlibat dalam kemalangan selepas merempuh sebuah kereta. Salah satu video yang tular itu menunjukkan individu yang merakamkan situasi berkenaan ketika kejadian.
Rempit…rempit malam minggu.”
https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/pcb.1872045686306466/522849292420746
Melalui video itu, dua buah motosikal dilihat telah merempuh sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat terbabit. Menurut Harian Metro, sebuah video lagi menunjukkan keadaan selepas kemalangan di mana penunggang tersebut terbaring dan ada antara mereka yang mengalami kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata,
Kemalangan itu membabitkan tiga kenderaan iaitu dua motosikal dan sebuah kereta. Penunggang motosikal pertama yang berusia 24 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan, kini masih mendapatkan rawatan di Zon Merah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).”
Penunggang motosikal kedua yang berumur 18 tahun pula patah paha kanan. Manakala pemandu kereta berusia 22 tahun juga mengalami patah paha kanan.”
Polis dilaporkan sedang mengesan saksi bebas bagi membantu siasatan kes kemalangan berkenaan. Kes kini disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/posts/1872045686306466
Baca: “Lajuu nak kemana weh”- [VIDEO] Sedih! Wanita Baru Lepas Pantang Maut Dilanggar Di Federal Highway