Bulan Ogos menandakan masuknya bulan kemerdekaan, seperti yang ramai tahu tahun ini Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke 65.
Sudah menjadi kebiasaan, bulan ini banyak premis-premis dan bangunan kerajaan yang memasang Jalur Gemilang ini juga termasuk hiasan di sepanjang jalan di bandar atau di kampung-kampung seluruh Malaysia.
Pun begitu, sebuah video tular di laman TikTok semalam apabila seorang individu dilihat memotong beberapa helai bendera Malaysia yang digantung di sepanjang jalan di Kuala Lumpur berdekatan dengan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC).
https://www.tiktok.com/@iekakartika__/video/7132700820583304475?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7080453898682746370
Video perkongsian pengguna TikTok @iekakartika__ itu mendapat perhatian netizen dan rata-rata bengang dengan perbuatan individu tersebut dan setakat ini video yang dimuat naik semalam itu telah mendapat lebih sejuta tontonan.
Difahamkan, ramai yang sudah menegur perbuatan individu tersebut malah kereta yang lalu-lalang juga membunyikan hon tetapi tidak diendahkan.
“Dia rosakkan bendera malaysia wey , org tegur dia marah balik.. Tolong bgi viral biarr dia dapat balasan”. tulisnya dalam ruangan kapsyen.
Menurut laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya menyatakan pihak polis belum menerima laporan mengenai insiden itu.
“Tiada laporan setakat ini. Tindakan mengesan individu yang melakukan perkara itu sedang dijalankan,” katanya.
Apalah motif dia agaknya kan?
Baca: Tular Dakwaan Berlaku Vandalisme Di Menara Merdeka 118, Tapi Warganet Kata Sebaliknya?