Baru-baru ini, keadaan mata Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Zahid Hamidi menjadi perbualan netizen, ia dilihat bengkak dan agak sembab sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi sejak beberapa hari lalu.
Malah ada beberapa individu yang berkata beliau melakukan pembedahan plastik memandangkan beliau baru sahaja pulang dari Korea Selatan.
Pun begitu, menerusi laman Instagram, anak sulungnya Nurulhidayah menepis segala spekulasi yang dilakukan oleh netizen dan berkata bapanya melakukan rawatan untuk memperbaiki saraf matanya.
“Saraf mata dia tak function, mata dia jadi jatuh. Buat muka buat apa bukan Super Star pun, kalau sampai mudarat sebab saraf mata kena la buat sesuatu.
Tapi biasa la org lg seronok fitnah daripada tahu perkara sebenar,” tulisnya di ruangan komen.
Dalam posting yang sama, Nurulhidayah turut berkata bapanya itu teruskan bekerja walaupun masih dalam fasa pemulihan kerana beliau mempunyai amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul.
Disebabkan itu, Dato’ Seri Zahid tidak mengambil cuti sakit yang lama, tambahan pula Pilihan Raya Negeri bakal berlangsung tidak lama lagi.
Apa-apa pun, kita doakan Dato’ Seri pulih sepenuhnya…
Baca: “Datuk Hattan patut belajar dari pro” – Selamatkan ‘Air Muka’ Wartawan, Zahid Hamidi Dipuji Netizen