in

Orang Ramai Mula Jatuh & Hempap Orang Lain Macam Domino – Saksi Tragedi Halloween Seoul

Halloween Seoul Itaewon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Orang ramai mula jatuh dan menghempap satu sama lain macam permainan domino.”

Demikianlah kata seorang mangsa yang terselamat ketika kejadian rempuhan semasa sambutan Halloween di ibu kota Itaewon, Seoul, malam tadi.


29SK STAMPEDE VIDEO COVER videoSixteenByNine1050 e1667100055353

Menurut sumber, lebih 140 orang disahkan terkorban manakala, sekitar 150 yang lain cedera selepas sekumpulan besar anak muda yang sedang menyambut pesta Halloween terperangkap dan tersepit di lorong-lorong sempit.

Ketua Jabatan Bomba Yongsan Seoul, Choi Seong-beom dalam pada itu pula berkata, angka kematian mungkin meningat dan jumlah mangsa yang cedera dan berada dalam kondisi kritikal masih belum dikenalpasti.

Kebanyakan mangsa yang meninggal dunia dan cedera dalam kejadian itu dianggarkan berusia dalam lingkungan 20-an.

a797e6bea5464428bf4a4c86691a45ec e1667100109469

Mayat mangsa yang terkorban pula telah dihantar ke hospital atau gim berdekatan supaya ahli keluarga boleh membuat proses pengecaman mayat.

Setakat ini, masih belum ada kepastian apakah yang mengakibatkan orang ramai memasuki lorong curam yang sempit berhampiran Hotel Hamilton.

Dalam pada itu, seorang mangsa yang terselamat berkata dia berjaya mengelak daripada rempuhan itu selepas masuk ke sebuah bar yang pintunya terbuka di lorong itu.

Seorang lagi mangsa, Lee Chang-kyu berkata, dia sempat melihat sekitar lima hingga enam lelaki saling menolak antara satu sama lain sebelum beberapa daripada mereka mula terjatuh.

20221029 cardiac arrests at seoul halloween gatherings afp e1667100172920

Seorang pengunjung ke Itaewon pula menceritakan rasa tergamamnya selepas melihat banyak deretan mayat berhampiran hotel.

“Pekerja kecemasan pada mulanya panik, mengakibatkan pejalan kaki yang berada di kawasan itu mula bergelut untuk memberi bantuan pernafasan kepada mereka yang cedera,” katanya.

Untuk info, dianggarkan sekurang-kurangnya 100,000 orang berkumpul di Itaewon pada malam kejadian untuk sambutan Halloween, menjadikan ia perhimpunan paling besar diadakan di kawasan terbuka di negara itu sejak pandemik COVID-19 melanda dunia.

Sumber: Bharian

Baca: “Bertukar tragedi”- Lebih 140 Maut Ketika Sambutan Halloween di Seoul Akibat Rempuhan

f1 itwn halloween e1667098085961

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.