in

Orang Ramai Cuba Selamatkan Kanak-kanak Mandi Sungai, 2 Daripada 5 Ditemui Lemas

2lemas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dua kanak-kanak lelaki ditemukan lemas selepas mandi di sungai berhampiran Kampung Padang Besar Selatan, di sini petang semalam. Mangsa dikenali sebagai Iskandar Zulkarnain Mohd Faizal, 8, dan Muhammad Haikal Hakim Mohd Yuhanis, 10, disahkan meninggal dunia selepas gagal diselamatkan oleh orang awam dan pasukan paramedik.

Screenshot 2025 11 01 at 10.52.24 AM

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.40 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Perlis dikejarkan ke lokasi. Tiga lagi kanak-kanak yang mandi bersama mangsa berjaya diselamatkan orang awam, dan seorang daripadanya masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).


Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang ketika lima sahabat itu bermain air di tali air berhampiran padang kampung. Salah seorang mangsa dipercayai berenang ke tengah tali air sedalam dua meter sebelum tenggelam akibat keletihan. Usaha rakan-rakan untuk membantu gagal kerana arus deras dan kedalaman air yang tinggi.

Penduduk kampung yang tiba di lokasi kemudian berjaya menarik keluar kedua-dua mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Kuala Perlis, namun mereka disahkan meninggal dunia. Mayat kedua-dua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar untuk proses bedah siasat.

Screenshot 2025 11 01 at 10.52.14 AM

Menurut polis, tali air berkenaan baru dikorek bagi melancarkan aliran air dan terletak berhampiran kawasan laluan penduduk. Orang ramai diingatkan agar sentiasa mengawasi anak-anak ketika bermain di kawasan berair bagi mengelakkan tragedi seumpama ini berulang.

Sumber: Buletin TV3, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.