in

“Orang pertama ni!” – [VIDEO] Lelaki Sanggup Cari ‘Roadblock’ Sebab Nak Cuba ‘Road Tax’ Digital

Cari Road Block

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang ramai sudah maklum, pada 10 Februari lalu Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan bahawa rakyat Malaysia yang membawa kenderaan persendirian tidak perlu lagi mempamerkan pelekat cukai jalan (road tax) pada cermin kenderaan mereka.

Pemandu boleh mendapatkan salinan digital dokumen itu di portal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau aplikasi MyJPJ, yang boleh dimuat turun daripada App Store, Play Store atau Galeri Aplikasi Huawei.


“Sanggup cari roadblock tu!”

Pembaharuan itu disambut baik oleh rata-rata rakyat Malaysia dan baru-baru ini seorang individu bertindak mencabut pelekat cukai jalan dari keretanya dan pergi mencari sekatan jalan berhampiran untuk menguji perkara tersebut.

@namasayahaziq_

lepas buang roadtax di cermin,kita ronda cari roadblock..nak jadi cerita,jumpa roadblock JPJ..bukan selalu JPJ nk puji nih..🤣🤣🤣#jpjmalaysia #roadtaxmati #fypシ #kembanghidung

♬ original sound – Ajiq Caster – namasayahaziq_🇪🇭

“Lepas buang roadtax di cermin,kita ronda cari roadblock..nak jadi cerita,jumpa roadblock JPJ..bukan selalu JPJ nk puji nih,” tulisnya di kapsyen.

Video pendek itu memaparkan pengguna TikTok @namasayahaziq_ ditahan oleh JPJ kerana tidak menampal sticker cukai jalan namun apa yang menghiburkan ialah dia terus mengeluarkan cukai jalan digital di telefon bimbitnya, tindakannya itu malah dipuji oleh anggota JPJ.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah mencecah satu juta tontonan dan lebih seribu komen.

Korang dah cuba ke road tax baru tu? 

Baca: “Tak wajib download app MyJPJ” –  Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Digital ‘Road Tax’

App Myjpj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.