in

“Orang lain salah, orang lain kena” – Insiden Langgar Lampu Merah, Netizen Tak Puas Hati Pakcik Myvi Tiba-tiba Disalahkan

Fi Kete

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial sejak semalam, rakaman dashcam yang menunjukkan sebuah kemalangan yang berlaku di sebuah perhentian lampu isyarat di Bayan Baru, Pulau Pinang.

Menurut Utusan Malaysia, tiga kenderaan yang terbabit adalah Perodua Myvi, Toyota Vios dan sebuah motosikal yang berhenti di lampu isyarat sebelum mereka dirempuh oleh pemandu Suzuki Swift berusia 25 tahun.


https://twitter.com/anthraxxxx/status/1377603145593843713

Dapat kita lihat kereta tersebut memandu laju dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk perlahan.

 

Pemandu Myvi pula yang disalahkan

Namun apa yang menjadi perhatian, pemandu Myvi itu pula yang disalahkan oleh beberapa  orang yang dikatakan ‘ada’ di tempat kejadian.

Sampai ada yang mengatakan pemandu Myvi itu mabuk dan punca kepada apa yang terjadi. Kesian tengok pakcik ni disalahkan.

Menerusi perkongsian oleh seorang wanita, pakcik Myvi tersebut telah dituduh, tapi ‘punca’ sebenar masih tersepit di dalam kereta.

Video tersebut telah dikongsi di Twitter dan mendapat lebih daripada 100k views.

 

https://www.facebook.com/penangkini/posts/2997812257122906

 

Walau bagaimanapun, pemandu Suzuki Swift itu dilaporkan telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital setelah pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa yang tersepit itu lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, polis masih menyiasat sama ada mangsa tidak sempat menghentikan kereta dipandunya atau kenderaannya itu mengalami masalah brek.

Sumber : Sinar Harian, Utusan Malaysia, Facebook: Penang Kini & Twitter

 

Baca : Bukan makhluk halus- Ingatkan Hantu Rupanya Orang! Kelibat Wanita Misteri Tolong Cari Mangsa Kemalangan Terjawab

Foot Kete

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.