• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Semasa

Orang Gaji Selamba Live Stream Video di Facebook Ketika Mandikan 3 Orang Anak Majikan

by Amalina Zainal December 5, 2017, 6:15 pm

ShareTweet
Pageog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perkhidmatan orang gaji kini ibarat menjadi satu keperluan terutamanya bagi ibu bapa yang bekerja dan mempunyai anak kecil. Mereka juga turut meletakkan kepercayaan kepada orang gaji untuk menguruskan anak-anak sepenuhnya hingga aktiviti pembantu rumah ini langsung tidak dipantau oleh mereka.

WORLD OF BUZZ telah melaporkan pada hari Jumaat yang lalu, seorang orang gaji telah membuat video live stream dirinya ketika sedang memandikan tiga orang anak majikan yang masih kecil.


Og3
sumber: wob

Menurut Coconuts, orang gaji tersebut yang dikenali sebagai Cinta, 28 tahun itu telah menggunakan laman sosial Facebook miliknya untuk menyebarkan video berdurasi 17 minit berkenaan. Video tersebut telah ditonton oleh 700 orang sebelum dipadam beberapa hari kemudian.

Video tersebut merakamkan Cinta yang sedang memandikan anak-anak kecil majikannya yang berumur antara enam hingga lapan tahun dalam keadaan yang gembira sambil bermain dan memeluk anak-anak kecil itu.

Og2
sumber: wob

Walau bagaimanapun, di dalam video live stream tersebut, seorang anak kecil itu hairan dan menanyakan kepada Cinta apa yang dia sedang lakukan serta turut memberitahu dia tidak mahu dirakam. Cinta kemudian dengan selamba menafikan bahawa dia sedang merakam kanak-kanak itu mandi.

Sebaik sahaja berita tentang video itu tular, netizen berang akan perbuatan orang gaji tersebut kerana telah mendedahkan anak kecil semuda itu dalam keadaan tidak berbaju kepada orang yang tidak dikenali di internet.

Og5
sumber: on. Cc

Difahamkan, pihak berkuasa telah menahan Cinta untuk disoal siasat berkaitan hal ini. Wakil daripada Kumpulan Sokongan Majikan HK dan Pekerja Domestik Asing telah menyarankan supaya majikan memberhentikan orang gaji itu kerana bimbang dia menggunakan komputer milik mereka untuk niat jahat atau jenayah.

Namun, menurut peguam, Albert Luk, orang gaji tersebut berkemungkinan besar akan dihukum atas kesalahan penerbitan pornografi kanak-kanak memandangkan anak-anak kecil itu dirakamkan dalam keadaan tidak berpakaian.

Sekiranya disabitkan dengan kesalahan tersebut, dia akan dikenakan hukuman penjara tiga hingga lapan tahun dan denda sebanyak antara RM520,000 hingga RM1,000,000.

Harap kes ini dapat diselesaikan dengan cepat. Mungkin majikan boleh membuat perjanjian dengan orang gaji di mana mereka dilarang sama sekali untuk mengambil gambar atau merakam video anak mereka.

Baca: Pelakon Kerugian RM40,000 Dirompak Amah Ketika Berada di Luar Negara

Og1

ShareTweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini

  • Ft Mcmc Berita Palsu Tarif

    MCMC Siasat Tiga Individu Sebar Berita Palsu Tarif Elektrik

  • Syaz Ft 2026 04 01T112232.172

    “Tak faham lah!” – Gara-gara Isu ‘Double Park’, Caprice Pelik Kenapa ‘Ayu’ Dipaksa Buat Video Baru?

  • Ft Rumah Terbakar

    Gadis Tular Lepas Rumah ‘Total Lost’ Akibat Kebakaran, Tapi RM30 Dalam Beg Tangan Terselamat!

  • Ft Miti Byd

    BYD Tarik Diri & Polisi Pilih Kasih? Ini Penjelasan Rasmi MITI

  • Syaz Ft 2026 03 31T150132.301

    Rupanya Pernah Terjatuh Taklik? Umisya Dedah Cerita Rumah Tangga & Mengapa Setuju Poligami

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

  • Freepik The Style Is Candid Image Photography With Natural 29213

    Kenapa PRN Sabah 2025 Jadi Titik Penting Untuk Generasi Baru?

  • 5

    Gabungan Legenda dah Tiba!

  • Image

    AirAsia Diskaun Sehingga 33%

Siaran Akhbar

  • Collage 23

    Keindahan Hujung Minggu Malaysia International Boat Show 2026 (MYBOS’26) Menanti Korang Di Langkawi

  • Ft Bank Rakyat Iklan Raya

    Bukan Sekadar Iklan Raya: Bank Rakyat Angkat Kisah Kasih Sayang Tanpa Sempadan Usia

  • Collage 15

    Bukan Sekadar Hiburan: Laporan Impak Sosioekonomi TikTok Malaysia Dedah Sumbangan RM20 Bilion kepada Ekonomi Digital

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • Screenshot 2026 03 28 121532

    Bila Jasad Dalam Meeting, Tapi Mental Kat Kampung

  • Belanjawan 2026

    [TONTON] Siaran Langsung Pembentangan Belanjawan 2026 Oleh YAB Perdana Menteri

Terkini

  • Ft Abby Aslam

    “Dah besar kau buat main je anak aku!” – Abby Abadi Hilang Sabar Anak Sering Dicaci

  • Ft Abby Abadi Marissa

    “Pusing-pusing dulu” – Abby Abadi Titip Nasihat Buat Marissa Dania

  • Ft Ibu Aliff Aziz

    Ibu Muat Naik Video Aliff Aziz Di IG Story, Netizen Terperasan Gambar Seseorang ‘Ditampal’ Di Belakang?

  • Asyraf Khalid

    Duduk Semeja Ketika Majlis Pertunangan BASS, Asyraf Khalid Ambil Peluang Mohon Maaf Kepada Fazura

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2026 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube