in

Orang Dengki ‘Order’ Nasi Lemak Banyak Masuk, Ibu Meninggal Dunia Sebab Kena Sihir

Sihir 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biasalah, tak semua orang senang hati dengan apa yang kita buat. Lagi-lagi bab berniaga, wujud segelintir orang yang dengki apabila melihat jualan peniaga lain lebih laris.

Satu perkongsian menerusi hantaran di X menceritakan kisah seorang ibu meninggal dunia selepas disihir oleh orang yang tidak dikenali.


Sihir 8
Gambar hiasan

Nasi lemak laris, order banyak masuk

Cerita yang dikongsi oleh Hawa, mengisahkan ibunya dahulu pernah berniaga nasi lemak untuk menampung perbelanjaan keluarga setelah ayahnya meninggal dunia. Pada mulanya, ibu Hawa berniaga di tepi jalan kawasan perumahan dengan permulaan 10 sehingga 50 bungkus sehari. Disebabkan nasi lemak itu sedap, ibunya mula menerima tempahan oleh pihak masjid.

Dia buat pun tak banyak, hanya untuk kuantiti sebanyak 10 ke 50 bungkus sehari. Anggaran keuntungan pun berapalah sangat. Nak dijadikan cerita, dalam group mereka berbincang untuk infak nasi lemak dekat masjid dan orang masjid bagi dekat mak I.

1000 bungkus tak silap sebab ada majlis dekat masjid. Tak cukup masa kami bantu ibu sampai ajak kawan rapat I tolong bungkuskan nasi.

Selang seminggu, ibunya menerima lagi tempahan sebanyak 1,500 bungkus daripada pihak masjid taman perumahan lain dan ada juga tempahan daripada pihak sekolah. Dia dan ibunya amat bersyukur kerana rezeki tidak putus walaupun hanya berniaga nasi lemak.

Ketika itu, ibu pandang I “Rezeki ibu ni. Tak apa, kakak ada lagi dekat sini. Kita buat sama-sama ye ibu.” Ibu terus pelik I masa tu. Satu persatu dan ramai yang tempah hingga tak cukup tangan.

“Ibu muntah darah keluar benda macam logam”

Nak dijadikan cerita, Hawa berkata pada satu malam ketika mereka sibuk membungkus nasi lemak, tiba-tiba ibunya muntah darah dan kaca serta ada benda asing seperti logam. Dia mahu membawa ibunya ke hospital namun permintaan itu ditolak.

“IBU!” Semua panik masa tu. “Kita ke hospital la ibu. Ibu menggelengkan kepala. “Tak apa sikit je ni” Teruskan bungkus nanti orang masjid tunggu.”… Masa tu I tak tahu apa-apa berkaitan santau dan sihir semua ni. Ibu tetap berdegil. Malam tu I dan adik hantar nasi lemak ke masjid.

Artikel berkaitan: Ibu Mentua Sihir Menantu Sampai ‘Lumur Darah Haid’ Sebab Tak Restu Perkahwinan?

Artikel berkaitan: “Berubat dgn ustaz, mulut mama i keluar paku keranda yang dah karat” – Gadis Kongsi Kisah Ibu Disihir

Ketika dia menyerahkan tempahan nasi lemak kepada seorang ustaz di masjid, dia menceritakan apa yang berlaku kepada ibunya dan ustaz itu mahu berjumpa dengan ibu Hawa di rumah. Kata ustaz itu, ibunya terkena sihir oleh orang yang tidak dikenali.

Masa nak serah nasi lemak tu kami cerita semua dekat ustaz tu. Wajah dia terkejut dan dia suruh kami berdua bawa dia ke rumah. Dia cakap ibu terkena sihir dan orang yang sihir ibu ni dia memang dengki dan nak ibu mati.

Badan ibu semakin kurus, 4 bulan menderita

Pelbagai cara dan rawatan yang dilakukan untuk menyembuhkan ibu namun kesihatannya semakin merosot dari hari ke hari dan tempahan nasi lemak juga terpaksa ditolak. Selepas 4 bulan menderita, ibunya menghembuskan nafas terakhir.

Hari demi hari tempahan banyak kami tolak sebab kesihatan ibu. Badan ibu berisi semakin kurus nampak tulang. Genap 4 bulan ibu menderita akhirnya ibu menghembuskan nafas yang terakhir. Pelbagai ikhtiar dan rawatan kami cuba tapi gagal untuk selamatkan ibu.

Hawa berkata, dia tidak berdendam dengan orang tersebut cuma dia tertanya-tanya mengapa orang itu tergamak menyihir ibunya sampai meninggal dunia. Dia juga berpesan kepada para peniaga supaya tidak menyakiti orang lain yang tidak bersalah.

Di ruangan balas, ramai netizen bersimpati dengan ujian yang mereka perlu tanggung dan ada juga netizen yang memberitahu cara untuk mengelakkan diri daripada terkena sihir.

Sihir 1 Sihir 2 Sihir 3

Janganlah dengki sampai nak menyihir.. 

Sumber; X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.