Selalunya kita akan lihat gelandangan atau peminta sedekah ada dekat kawasan-kawasan terbuka dan ramai orang lalu lalang seperti di stesyen minyak, tepi jalan dan premis seperti kedai makan dan ATM. Mereka juga jarang timbulkan masalah dan tak kacau orang awam.
Namun, berbeza pula dengan kejadian di sebuah premis ATM dipercayai di Kuantan apabila tular di Twitter baru-baru ini menunjukkan peminta sedekah ‘berkampung’ siap tidur dalam premis tersebut.
https://twitter.com/MALAYSIAVIRALL/status/1524244125151023104?t=ytKK_kSLMiKn0Hape6ZhYQ&s=19
Bukan itu sahaja, apa yang membuatkan orang ramai menjadi geli dan bertambah tak selesa lagi bila mereka nampak berdekatan peminta sedekah tersebut ada air kencing. Buat hal betul!
Ada beberapa pengguna mesin ATM yang terpaksa cari tempat lain untuk keluarkan duit memandangkan mereka tak tahan dengan bau busuk dalam premis. Ada beberapa orang yang complain dengan memberi nasihat bahawa pihak premis sepatutnya mengutamakan keselesaan pelanggan.
Kejadian ini telah mendapat perhatian pihak premis dan mereka ada tinggalkan komen dengan memberi jaminan bahawa mereka akan mengusulkan perkara ini kepada pihak berwajib bagi tindakan segera.
Hi, segala kesulitan amat dikesali. Terima kasih membawa perkara ini kepada perhatian kami. Kami akan mengajukan kepada pihak berwajib bagi tindakan segera.
— Maybank (@MyMaybank) May 11, 2022
Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang mempertikaikan tentang ketiadaan pengawal keselamatan yang sepatutnya menjalankan tugas mereka jaga premis tersebut. Ada juga netizen berharap agar perkara ini tak berulang lagi pada masa akan datang.
“Teruk sangat ni takkan takde guard yang jaga” – Komen netizen

Apa perasaan korang nak keluarkan duit tapi nampak peminta sedekah dalam keadaan macam ini?

