Nama pelakon terkenal dari negara Gajah Putih, mendiang Tangmo Nida kini kembali menjadi perhatian orang ramai apabila laman Facebook rasmi miliknya kembali aktif dan membuat beberapa pendedahan mengenai kejadian di sungai Chao Phraya pada 24 Februari.
Salah satunya menjelaskan bahawa Tangmo (yang merujuk dirinya saya dalam status itu) telah didera oleh rakan-rakannya, boleh baca cerita penuh disini.
Lebih mengejutkan lagi, semalam dilihat akaun FB tersebut ada buat IG Live menunjukkan beberapa rakaman sebelum kejadian itu.
“I’m somewhere”
Dalam video tersebut, dilihat Tangmo ada muat naik video dirinya seperti sedang membuat review sesuatu produk. Ini bukanlah satu-satunya video yang di tayangkan di Facebooknya.
https://www.facebook.com/HappyMelonPatcharaveerapongg/videos/2469762856498041
Lagi satu video menunjukkan pengurus dan rakannya Gatick sedang asyik menari berlatarkan muzik di atas bot.
https://www.facebook.com/HappyMelonPatcharaveerapongg/videos/1416862085475305
On my way home.”
https://www.facebook.com/HappyMelonPatcharaveerapongg/videos/557293122589954
Kes mengenai pelakon ini telah mendapat perhatian netizen bukan sahaja di Thailand, bahkan di Malaysia juga.
Di Twitter, isu ini mula hangat diperkatakan dan rata-rata rasa seriau dan ada juga yang anggap bahawa ia adalah rakaman-rakaman lama.
Malah, spekulasi juga mula timbul bahawa adakah Tangmo sebenarnya masih hidup, ini kerana ada netizen mendakwa bahawa bukan sahaja Facebook Tangmo tetapi, laman Instagram kucing miliknya juga ada muat naik satu perkongsian yang mencurigakan.
Untuk rekod, Tangmo dilaporkan terjatuh dari sebuah bot di sungai Chao Phraya pada 24 Februari dan mayatnya ditemui dua hari kemudian.
Baca : “Meremang aku oii” – FB Tangmo Nida Tiba-tiba Aktif, Bagi ‘Hint’ Tentang Kejadian Jatuh Bot?