in

“Oh saya lupa, industri kami TAK PENTING” – KJ Ragu-ragu Buka Sektor Majlis Sosial, Mila Jirin Kecewa Lama Tak Ada ‘Job’

mila tak puas hati kj ragu buka sektor majlis sosial

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin ada memperjelaskan mengenai status sektor majlis sosial dalam kawasan tertutup yang menurutnya kemungkinan besar akan menjadi sektor terakhir dibuka.

Menurut posting Twitter Khairy, dia merasa ragu-ragu untuk membuka sektor tersebut kerana bimbang SOP tidak dipatuhi selain orang ramai yang mengunjungi majlis akan membuka mask ketika makan dan bercakap.


 

“Oh saya lupa, industri kami TAK PENTING” 

Kenyataan dari Khairy itu telah mengundang rasa tidak puas hati penyanyi, Mila Jirin yang juga menjalankan perniagaan Bizmilla yang menurutnya berasa tertekan kerana perniagaan industri perkahwinan tidak dapat beroperasi selama dua tahun.

Menurut posting di Instagram Mila, dia mempersoal apakah perbezaan di antara mereka yang membuka mask ketika di restoran dan menghadiri majlis perkahwinan di kawasan tertutup.

https://www.instagram.com/p/CUmMwehr5X9/?utm_medium=copy_link

YB Menteri, kami usahawan dalam sektor sosial kecil sederhana dah SETAHUN LEBIH MATI. Tak ada 1 kementerian pun AMBIL PEDULI industri kami… 

“Oh saya lupa, industri kami TAK PENTING macam industri pelancongan, airline… mereka industri besar lebih perlu diberi keutamaan. 

“Terima kasih untuk info ini YB Menteri, ianya sangat membantu kami untuk buat keputusan. Siapa yang akan tutup terus… siapa yang mampu teruskan,” tulisnya kecewa.

Mila juga pada masa yang sama dalam satu posting lain berharap pihak menteri boleh membuat perbincangan antara pihak industri terlibat supaya dapat memberi pendapat yang bernas mengenai penyelesaian masalah ini.

61593011855 milajirin

Tambahnya lagi, orang lain yang mengecamnya tidak memahami situasi yang dialami mereka yang terlibat dalam industri terbabit kerana mengalami kerugian yang banyak disebabkan COVID 19.

Apa-apapun diharapkan Mila dan mereka yang terlibat dalam sektor majlis sosial ini bertabah dengan dugaan yang menimpa. Semoga ada sinar baru untuk mereka terus pulih. 

Baca: “Dia bantu aku” – Mila Jirin Menangis Di IG, Sedih Bila Dapat Tahu TS Muhyiddin Bakal Letak Jawatan

mila

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.