Pelakon Fattah Amin mengatakan bahawa dia sudah menyediakan duit raya kepada anak perempuan tunggalnya iaitu Nur Fatima Aisya sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.
Fattah berkata, Fatima akan menyambut Syawal bersama ibunya, Nur Fazura pada hari raya pertama dan kedua, manakala gilirannya pada hari raya ketiga dan keempat.
Dalam pada itu, Fattah juga ada bercadang untuk membawa anaknya pergi bercuti bersama di luar negara, namun perlu berbincang terlebih dahulu dengan pihak Fazura.
“Duit raya Fatima of course ada. Berapa (duit raya) tu pun saya dah set,” ujarnya.
Artikel berkaitan: “Fatima sepanjang 4 tahun tak pernah merasa duit raya” – Fazura
Artikel berkaitan: “Fazura beri kerjasama yang baik”- Fattah Amin Minta Warganet Jangan Salahkan Sesiapa Tentang Perkongsiannya Sebelum Ini
Fattah jelaskan hubungan dengan Amira hanya rakan sekerja
Sementara itu, ditanya mengenai komen Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menjadi perhatian peminat baru-baru ini, Fattah mengakui dia pada awalnya tidak memahami isu tersebut.
Sebelum ini, Siti Nurhaliza meninggalkan komen dalam satu sesi live Fattah bersama penyanyi Amira Othman, menyatakan keinginannya untuk membuat persembahan nyanyian dan juga merenjis pengantin sekiranya penyanyi itu mendirikan rumah tangga kelak.
Watch on TikTok
Fattah bagaimanapun menyatakan rasa gembira dengan perkara tersebut, namun sekali lagi menjelaskan hubungannya bersama Amira hanyalah rakan sekerja.
“Pada awalnya saya blur dengan komen yang ditinggalkan oleh Tok Ti (Siti Nurhaliza). Namun Amira yang jelaskan kepada saya.
“Bagi saya, pada bulan Ramadan ini, kita kena selalu cakap, doa yang baik-baik sahaja. Saya gembira apabila kami dapat mengukir senyuman kepada orang lain,” katanya.
Kita doakan yang baik-baik buat mereka. Kalau ada jodoh tak kemana…
Sumber: mStar