in

“Obses sangat nak halalkan benda haram” – Minum Soju Halal, Influencer Dikecam Tak Cakna Isu Agama

soju halal kena kecam

Bagi korang yang minat menonton Korean drama atau k-drama, korang pasti familiar dengan beberapa adegan yang menunjukkan pelakon drama tersebut meminum minuman arak seperti soju.

Soju ataupun dipanggil ‘arak bakar’ ini ialah sejenis minuman keras jernih yang berasal dari Korea Selatan. Minuman ini diperbuat daripada beras, gandum atau barli melalui proses penapaian dan penyulingan.

Pun begitu, baru-baru ini tular sebuah video memaparkan influencer meminum air yang digelar ‘soju halal’.

Artikel berkaitan: Pengusaha Restoran ‘Triggered’ Dengan Review Makanan, Dakwa Letak ‘Special Ingredient’

Artikel berkaitan: WOW! Penangan K-Drama, Indonesia Hasilkan Soju Versi Halal

“Kenapa orang kita ni obses sangat nak try halal kan benda haram” 

Menerusi video yang kini tular di X, sekumpulan influencer dilihat sedang mempromosi sebuah restoran yang mana ada menyediakan minuman digelar soju halal.

Menurutnya, minuman itu sebenarnya halal kerana ia hanyalah air buah dan tidak mengandungi sebarang jenis alkohol. Dapat dilihat juga influencer itu mencampurkan air berkenaan dengan sebuah minuman susu kultur.

minum soju

Namun yang menjadi perhatian ramai adalah cara influencer tersebut meminum air itu dengan gaya minum arak seperti di dalam k-drama yang telah menimbulkan kecaman hebat daripada netizen.

“Takut ada yang keliru & fikir soju sebenarnya halal” 

Rata-rata netizen yang melihat video itu kurang setuju dengan tindakan influencer tersebut yang dianggap cuba menghalalkan sesuatu yang haram.

Malah ada juga yang takut jika sesetengah netizen keliru dan menganggap soju halal untuk diminum seperti di dalam k-drama yang selalu mereka tonton.

haram sis haram

Meskipun minuman itu didakwa halal kerana tidak mengandungi sebarang alkohol, menurut laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,

Bagi umat Islam, WAJIB menggunakan kuasa sebagai pengguna muslim yang bijak untuk menjauhkan diri daripada apa jua bentuk produk yang meragukan. Apatah lagi produk yang jelas mempunyai hubungan dengan perkara yang dilarang syarak seperti arak. 

“Kedua, bagi pengusaha syarikat arak, jangan sekali-kali melakukan sebarang usaha untuk mempromosi atau menormalisasikan minuman arak khususnya kepada umat Islam.

“Perbuatan tersebut hanya akan menimbulkan kekeliruan di samping menyentuh sensitiviti umat Islam. Sebarang produk yang dikeluarkan oleh syarikat arak, hendaklah dipamerkan status non-halal, diletakkan di tempat khas dan terasing daripada produk-produk halal.” 

Apa-apapun kita bersangka baik, kemungkinan influencer tu tak tahu yang tindakan dorang salah. Jadi sama-samalah kita saling tegur menegur antara satu sama lain. 

Sumber: X, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan