Dalam dunia yang serba moden dan pencapaian pendidikan jadi ukuran kejayaan masing-masing, tak hairanlah kalau sesetengah ibu bapa jadi obses untuk anak-anak dapat A dalam semua subjek pelajaran.
Tapi tahap obses ibu bapa ni, boleh dikatakan agak membimbangkanlah sebab sampai ada yang sanggup ajar anak menipu demi dapat markah yang bagus. Uishhh extreme tu!
“Rasa nak marahhhh sangat-sangat sebab seorang IBU ajar anak untuk menipu”
Menerusi perkongsian di Twitter, seorang netizen share kisah mengejutkan tentang ibu bapa seorang murid yang dikatakan terlampau serius hal exam budak-budak sampai mengajar anak dia menipu.
Pada mulanya alasan si ibu kepada murid ni mudah je, katanya cikgu tersalah tanda kertas peperiksaan anaknya. Kalau betulkan kesalahan tu, mungkin anak murid tersebut boleh dapat A. Tapi tup-tup rupanya terkantoi emaknya yang suruh menipu.
Lagi best apabila budak tu sendiri yang bagitahu emaknya suruh padam jawapan asal dan tulis semula jawapan betul sebab nak anaknya dapat A. Hadoi la omak!

“Antara sebab aku sokong Dr Maszlee mansuh peperiksaan murid tahap 1”
Disebabkan hal macam ni berlaku, netizen tersebut beri pendapat mengapa dia bersetuju dengan idea Menteri Pendidikan untuk mansuhkan peperiksaan murid Tahap 1. Budak-budak pada usia yang muda tak perlu dinilai dengan gred A, B dan C. Kalau tak dapat A, tak bermakna murid tu tak pandai kan?

“Baru darjah 2, maknya pressure dengan group WhatsApp taman lah tu”
Rata-rata netizen yang baca kisah ni mengkritik tindakan si ibu yang sanggup ajar anak benda yang bukan-bukan. Mungkin juga sebab ramai mak-mak sekarang suka show off kejayaan anak di media sosial, ibu ni rasa tertekanlah sebab anaknya sorang je dapat B kan? Alahai… sabar jelah.

Apa-apapun bagi admin, budaya menipu demi dapatkan A ni agak tak sihatlah dan budak yang baru umur 10 tahun tak sepatutnya diajar buat benda macam ni. Takut nanti bila anak ni dah besar, macam-macam penipuan lagi dia buat hasil didikan salah ibu bapanya. Haih kesian!
Nota: Gambar atas sebelah kiri hanya sekadar hiasan
Baca: “Diorang bukan tak boleh jawab, tapi tak cukup masa..” – Sedihnya Murid Tak Sempat Jawab Soalan UPSR