in

“Nyawa di hujung tanduk” – Kisah Pilot Tersangkut Di Luar Tingkap Pesawat Ketika Berada Di Ketinggian 17,000 Kaki!

collage 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 10 Jun 1990, British Airways Flight 5390 telah mengalami insiden yang menakutkan ribuan orang setiap hari semasa menaiki kapal terbang. Kapal terbang ini mula menjunam dari langit selepas cermin depannya telah tertanggal.

Bukan tu je, kapten yang bertanggungjawab menerbangkan pesawat ini juga telah disedut keluar dan tersangkut di luar kepala pesawat setinggi lebih 70,000 kaki tu tau! Kalau korang nak tahu apa yang berlaku, baca cerita penuh dekat bawah ni.


Kesilapan kumpulan penyelenggaraan?

Sebelum pesawat ini dijadualkan untuk berlepas, kumpulan penyelenggaraan di lapangan terbang Birmingham telah memasang cermin depan baru untuk kapal terbang ini. Tapi disebabkan British Airways Flight 5390 ini bakal berlepas tak lama lagi, pasukan ini telah bekerja dengan cepat sehingga ia berjaya berlepas mengikut masa yang ditetapkan iaitu pada 8.20 pagi waktu tempatan.

K3C7F6GVJNOXD2H5FGAO5UB4H4

Kapten penerbangan ini merupakan Timothy Lancaster dan juruterbang berusia 42 tahun ini telah melakukan lebih 11000 jam penerbangan termasuk 1075 jam bersama pesawat model BAC One-Eleven yang diterbangkannya pada hari tersebut.

Manakala, pembantu juruterbang, Alastair Atchison pula merupakan juruterbang berusia 39 tahun dan mempunyai jam penerbangan total sebanyak 7500 dan 1100 bersama BAC One-Eleven.

Tragedi pilot disedut keluar

british airways flight 5390 1

Untuk 20 minit pertama, segala-galanya berjalan lancar seperti biasa. Alastair berjaya menerbangkan pesawat ini di udara sebelum memberikan kawalan kepada pesawat kepada Timothy. Kedua-dua juruterbang ini kemudiannya melonggarkan tali pinggang keselamatan dan mula menyelesakan diri untuk penerbangan singkat ini.

Manakala empat krew lain telah menyediakan jamuan ringan untuk 81 penumpang di dalam pesawat ini. Pramugara, Nigel Ogden turut menawarkan teh untuk juruterbang ini namun bila dia bersedia untuk keluar dari kokpit, lelaki ini dikejutkan dengan bunyi ketukan yang sangat kuat.

Pintu kokpit yang dipegang Nigel mula tercabut dari engsel. Cermin depan pesawat telah tercabut dan menyebabkan kokpit tersebut dengan pemeluwapan dan menurunkan tekanan kabin.

Ketika kertas-kertas dan barang-barang lain mula berpusing-pusing di dalam kapal terbang, Nigel perasan yang Kapten Timothy dah tak ada di kerusinya dan kini tergantung di luar tingkap pesawat kerana disedut keluar.

Kakinya telah tersangkut pada alat kawalan pesawat manakala badannya melantun di luar pesawat, membentuk bentuk ‘U’ di bingkai tingkap. Nigel telah melompat dan menyambar Timothy di bahagian pinggang bagi menghalang juruterbang ini dari terjatuh.

Pada ketika ini, tindakan Nigel ini dibuat kerana mahu menyelamatkan juruterbang ini tapi sebenarnya keputusannya untuk berbuat demikian juga turut menyelamatkan keseluruhan penumpang dan krew. Ini kerana, jika Timothy disedut keluar dari kapal terbang, badannya mungkin akan terlanggar enjin atau komponen lain dan pesawat ini pasti akan terhempas.

Ekoran kekecohan ini, mode autopilot pesawat ini telah ditutup dan ia mula menjunam ke bawah dengan laju kerana pintu kabin yang tercabut itu telah menolak throttle pesawat.

Alastair kemudiannya telah bertindak pantas dan mengalihkan pintu tersebut sebelum menstabilkan pesawat ke altitud selamat. Namun begitu, oksigen yang dibekalkan tak cukup untuk menampung keseluruhan orang di dalam pesawat tersebut kerana tekanan udara yang semakin rendah.

Apabila Alastair membuat panggilan meminta bantuan, dia tak dapat mendengar respon dari Kawalan Trafik Udara ekoran bunyi angin yang kuat dari kabin. Perkara ini telah menyebabkan usaha mereka untuk melakukan pendaratan kecemasan telah tergendala dan turut membahayakan Timothy yang masih tergantung di luar tak sedarkan diri dengan darah mula mengalir dari hidung dan telinga.

Manakala Nigel pula mula keletihan dan mendapat radang sejuk ekoran angin yang berterusan masuk dari luar pesawat. Dua krew penerbangan kemudiannya berjaya mengalihkan kaki Timothy dari alat kawalan dan memegang kuat kakinya bagi membenarkan Nigel untuk beredar.

Tak sampai setengah jam selepas berlepas, British Airways Flight 5390 dan berjaya membuat pendaratan kecemasan di lapangan terbang Southamptom. Ini merupakan kejayaan yang sangat menakjubkan selepas apa yang berlaku.

Kesan selepas tragedi

SPVNTXZC5GK6HULEUKNYJ7JXG4

Timothy Lancaster telah berjaya terselamat dari tragedi ngeri tersebut dengan kecederaan yang banyak termasuk, radang sejuk, lebam, terkejut dan beberapa tulang patah. Nigel pula telah mengalami radang sejuk dan bahu terkehel serta turut mengalami PTSD dari kejadian ini.

Selepas siasatan dibuat, pihak polis berjaya menemui tingkap yang hilang di Cholsey, Oxfordshire iaitu 80 batu dari lapangan terbang Birmingham dan 60 batu dari tempat mendarat.

Bersama tingkap tersebut juga mereka berjaya menemui hampir semua 90 skru yang digunakan untuk memasang tingkap tersebut. Mereka temui bahawa kesemua skru ini terlalu kecil untuk tingkap tersebut sekaligus menunjukkan bahawa kumpulan penyelenggaraan telah membuat kesilapan yang menyebabkan insiden tersebut.

Ini kerana, apabila pesawat telah mencapai ketinggian tertentu, tekanan di dalam kabin lebih kuat dari tekanan di luar, sekaligus menerbangkan cermin tersebut kerana ia telah diskru dari luar.

Sekarang, kebanyakan pesawat akan memasang skru dari dalam supaya tekanan dari kabin akan membantu tingkap ini daripada tercabut.

Selain itu, pasukan penyiasat juga mendapati pekerja yang memasang panel tersebut telah gagal mematuhi polisi British Airways. Mereka juga turut menemui kedua-dua polisi dan pihak pengurusan juga bersalah.

Pesawat tersebut kemudiannya telah dibaiki dan kembali melakukan penerbangan sehingga ia dilupuskan pada tahun 2002. Timothy kembali bertugas lima bulan kemudian sebelum meninggalkan British Airways dan terus menjadi juruterbang sehingga dia bersara pada 2008.

Manakala Alastair Atchison telah meninggalkan British Airways tak lama selepas insiden tersebut dan terus menjadi juruterbang sehingga 2015. Nigel pula telah mengalami PTSD dan meninggalkan pekerjaannya pada 2001. Nigel dan seorang lagi pramugari, Susan Gibbins telah menerima penghormatan dari Ratu kerana menyelamatkan Thimothy. Alastair pula telah memenangi anugerah Polaris kerana tindakannya yang luar biasa dapat mendaratkan pesawat ketika berlakunya kecemasan.

Sumber: History Defined

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.