Min nak tanya, pernah tak korang alami situasi yang mana tiba-tiba kena gerakkan kereta ke tepi sikit untuk bagi laluan pada ambulans ataupun bomba? Mestilah pernah kan?
Tetapi, semalam kecoh di sosial media tentang video yang dikongsikan oleh @syzwnrose di akaun Twitternya. Bukan sebab kedegilan rakyat untuk bagi laluan kepada ambulans, namun lain pula ceritanya.
Nyawa boleh tunggu, VIP jalan dulu #maluapabossku pic.twitter.com/nADdOsjdVm
— Syazwan Shah (@syzwnrose) December 26, 2021
Dalam video tersebut kelihatan ambulans terpaksa menunggu ‘giliran’ dengan memberi laluan kepada kereta VIP beserta pengiring kenderaan tersebut walaupun siren ambulans masih berbunyi.
“Terang2 ambulans tu tengah bersiren… Maknanya tengah emergency lah tu, tapi hat VIP ni boleh je jalan dulu?” – Komen netizen
Insiden tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dari warganet yang rata-rata tidak berpuas hati dengan insiden yang mereka lihat melalui video itu dan dianggap sebagai pentingkan diri.
Ramai yang beranggapan bahawa kenderaan VIP tersebut dalam perjalanan untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang terlibat memandangkan kejadian tersebut telah menjejaskan ramai penduduk.
Mengenai isu ini, min harap korang semua ambil pengajaran okay? Kalau nampak atau dengar siren dari jauh, siap-siap bagi laluan untuk diorang tau… Biar kita jadi rakyat yang bertimbang rasa…
Baca: Rina Harun Minta Orang Ramai Jangan Terpengaruh Dengan Kempen ‘Do Not Donate Here’ Oleh Netizen