Susulan tindakan mengejut isteri kepada pelakon Edika Yusof, 58 iaitu Nor Hidayah Yusri, 47 yang memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Februari lalu, pelakon lelaki ini menyifatkan isu tersebut sebagai tiada apa yang serius.
Jelas Edika lagi, dia akan memberitahu perkembangan mengenainya nanti yang mungkin berpunca daripada tidak sekufu di pihak isterinya itu.
Artikel berkaitan : Isteri Edika Yusof Failkan Perceraian, Dakwa Dah Tak Sebumbung
Artikel berkaitan : Dedikasi Minat Terhadap EXO Dalam Thesis, Pemuda Ini Raih Kelas Pertama Ijazah Sarjana
“InsyaAllah nanti saya update….nothing serious, InsyaAllah kami cuba bincang.. mungkin tidak sekufu, bagi pihak dia…terima kasih.”
Semalam, dilaporkan bahawa rumah tangga Edika dan Nor Hidayah yang berusia 22 tahun ini mempunyai pergolakan apabila isterinya itu dikatakan sudah memfailkan perceraian pada pertengahan Februari lalu.
Peguam syarie Nor Hidayah iaitu Mohd Yazid Hazim yang mengesahkannya ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
“Untuk hari ini adalah sebutan kali pertama kes (cerai) dan ia sebutan biasa saja iaitu bagi penyerahan dokumen-dokumen daripada anak guam saya selaku plaintif.”
“Sepatutnya pihak defendan (Edika) juga perlu hadir hari ini, namun kami menerima surat daripada pihaknya yang menyatakan tidak dapat hadir atas alasan bekerja.”
“Jadi, mahkamah memutuskan sebutan kes dibawa kepada tarikh baru dan menetapkan 23 April depan untuk sebutan semula.”
Bagaimanapun Yazid enggan mendedahkan punca secara terperinci mengenai tuntutan cerai itu buat masa ini, namun Yazid tidak menafikan bahawa tiada persefahaman antara mereka berdua.
Sementara itu, Hidayah pula enggan memberi komen lanjut kerana mahu mendengar kenyataan daripada pihak Edika terlebih dulu.
Sebelum ini, Hidayah mendedahkan yang dia dan Edika sudah tidak tinggal sebumbung dan enggan memaklumkan sejak bila.
Untuk rekod, pasangan Edika dan Nor Hidayah menarik perhatian ramai apabila pelakon filem Maria Mariana itu didapati sanggup berkorban dan setia menjaga isterinya yang lumpuh separuh badan selepas melahirkan anak mereka.
Sumber : Harian Metro