in

“Not the real winner” – Pingat Emas Ziyad Ditarik balik, Netizen Malaysia ‘Serang’ Atlet Ukraine

Protes Rakyat Malaysia Ziyad Gold

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita sedih diterima rakyat Malaysia pagi ini apabila keputusan pembatalan pingat emas jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dikekalkan dan rayuan ditolak berikutan protes dari kem Ukraine.

Keputusan tersebut sekaligus menimbulkan rasa sedih di kalangan rakyat Malaysia yang mana tidak putus asa mendoakan yang terbaik buat Ziyad di Tokyo.


Ziyad Zolkefli

 

“Goodluck with our bawang army” 

Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, semenjak dari semalam lagi, media sosial termasuklah official Twitter #Tokyo2020 yang memaparkan posting kemenangan atlet Ukraine Maksym Koval telah dibanjiri komen netizen Malaysia.

Rata-ratanya meluahkan rasa sedih berasa seperti pingat emas tersebut ‘dirampas’ atlet Ukraine dari atlet para Malaysia, Ziyad.

Komen Support Ziyad Tokyo 2020

 

“Kalau lambat ke call room, kenapa biarkan dia bertanding?” 

Tak cukup dengan itu, ramai juga mempersoalkan peraturan acara sukan tersebut yang membenarkan Ziyad bertanding pada awalnya meskipun dia lewat tiba ke call room. 

Jika benar Ziyad lewat, mereka sepatutnya tidak membenarkan Ziyad bertanding dan bukannya membuat bantahan selepas atlet mencapai kemenangan.

Komen Terhadap Ziyad 2

Apa-apapun diharapkan rakyat Malaysia tidak meninggalkan komen yang berlebihan di media sosial berkenaan isu ini kerana bimbang ia mencalarkan reputasi negara kita.

Marilah kita sama-sama memberi semangat buat Ziyad supaya dia terus tabah dan tidak putus asa dalam perkara yang dilakukannya.

Semoga terus sukses dan kuat ya, Ziyad. Anda tetap menang emas di hati kami! 

Baca: Paralimpik Tokyo 2020: Bonnie Bunyau Gustin Raih Pingat Emas Pertama Malaysia Kategori Powerlifting Lelaki 72Kg

Bonnie

Sumber: The Star
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.