in

Norjuma Habib Didakwa Di Mahkamah, Cederakan 3 Individu & Lakukan Khianat 7 Tahun Lalu

Norjuma Habib Didakwa Cederakan Orang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas personaliti televisyen dan juga usahawan tudung terkenal, Norjuma Habib Mohamed telah didakwa di empat Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur pada Khamis atas lima pertuduhan mencederakan tiga individu dan melakukan khianat tujuh tahun lalu.

Menurut laporan, Norjuma, 44, berdepan tiga pertuduhan mencederakan tiga individu dengan mencakar tangan, menampar pipi dan menendang betis pada tujuh tahun lepas.


Tertuduh juga didakwa atas dua pertuduhan khianat dengan merosakkan palang serta kamera litar tertutup (CCTV).

2627053

Artikel berkaitan: Norjuma Habib Diisytihar Muflis, Gagal Bayar Tuntutan RM260,400

Artikel berkaitan: Bekas Pengacara Norjuma Habib ‘Hilang’ Lepas Mahkamah Keluar Waran Tangkap

Norjuma mengaku tidak bersalah 

Walau bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibaca  di hadapan Majistret, Illi Marisqa Khalizan, Amira Abd Aziz, Fatin Dayana Jalil dan Noor Elynna Hanim Abd Halim.

Mengikut pertuduhan pertama, Norjuma didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Mohd Afiq Ismail, 34, di premis perniagaan di Menara Atlan, Jalan Ampang di sini pada jam 8.43 malam, 21 Februari 2017 lalu.

Pertuduhan kedua pula, dia didakwa menyebabkan kecederaan dengan menendang betis kaki kiri seorang pengawal keselamatan lelaki warga Nepal, Neupane Tika Ram di pusat tuisyen di Plaza Batai Bukit Damansara di sini pada jam 3 petang, 29 Mac 2018 lalu.

Bagi pertuduhan ketiga, bekas pengacara TV3 ini dituduh menyebabkan kecederaan dengan cara menampar pipi dan mencakar tangan Nur Solehah Rosli, 31, di sebuah kondominium di Wangsa Maju pada jam 10.30 pagi, 18 Oktober 2021.

Norjuma

Tiga pertuduhan ini dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda mencecah RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi kes khianat pula, Norjuma didakwa merosakkan palang keluar masuk kenderaan dan CCTV milik sebuah kondominium, dengan anggaran kerugian berjumlah RM4,700 di Taman U-Thant di sini, pada jam 7.44 dan 7.45 malam, 28 Julai 2023.

Kes dibuat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 27 Jun sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.