in

Nora Ariffin Tak Jadi Cerai, Tarik Balik Tuntutan Yang Difailkan Tahun Lalu

Syaz Ft 2026 01 27T123351.658

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menarik balik permohonan cerai yang difailkan terhadap suaminya, Dr Rushdi, pada prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Selangor pagi ini.

Peguam syarie yang mewakili Dr Rushdi, Azmi Mohd Rais memaklumkan Nora selaku plaintif membuat keputusan tersebut kerana mahu meneruskan perkahwinannya bersama defendan.


“Plaintif Datuk Nora telah menarik balik kes ini dan ingin meneruskan perkahwinan dengan defendan.

Sebelum permohonan penarikan balik dibuat, beliau memohon agar penarikan tersebut dibuat secara bersyarat, iaitu tiada sebarang gangguan daripada pihak ketiga,” katanya kepada media.

Menurut Azmi, Yang Arif Hakim Syarie, Ahmad Faizul Ashar telah meluluskan permohonan berkenaan serta menasihatkan Nora mengenai haknya sekiranya berlaku gangguan pada masa hadapan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

“Yang Arif Hakim turut menasihatkan Puan Nora bahawa beliau mempunyai hak untuk memfailkan injunksi tegah ganggu terhadap mana-mana pihak ketiga, selain boleh memfailkan kes gangguan (nuisance) di mahkamah sivil sekiranya perlu,” jelasnya.

Tambahnya, pihak defendan menyambut baik keputusan tersebut dan menyifatkan hari ini sebagai detik yang membahagiakan buat Dr Rushdi.

“Bagi pihak defendan pula, beliau sangat bahagia pada hari ini. Alhamdulillah.

Beliau juga telah berjanji akan menasihati pihak ketiga tersebut. Kes ini ditarik balik tanpa kos. Alhamdulillah,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Dendam Dalam Diam itu menyifatkan jodohnya dengan suami masih panjang.

“Saya sangka hari ini saya dan suami akan berpisah. Bila masih bersama itu maksudnya jodoh kami masih panjang, Alhamdulillah.

Saya percaya Allah menentukan segalanya dan saya yakin semua yang berlaku ini adalah atas kehendaknya,” katanya.

Untuk rekod, Datuk Nora memfailkan permohonan perceraian pada 21 April tahun lalu susulan konflik rumah tangga, namun pasangan itu kemudiannya kembali rujuk. Datuk Nora sah mendirikan rumah tangga dengan Dr Rushdi pada 2021.

Sumber: Gempak, Hlive

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.