Penyanyi terkenal Anita Sarawak sehingga kini masih belum memberitahu keberadaan serta kondisinya selepas secara tiba-tiba pulang ke Amerika Syarikat (AS) pada tahun 2011.
Adik kepada Anita Sarawak yang juga seorang penggiat seni iaitu Noor Kumalasari berkata dia begitu merindukan kakaknya itu.
“Sudah berapa lama kita tidak bercerita panjang, ketawa dan faham antara satu sama lain, seperti waktu dahulu.
Noor cukup rindukan detik di mana kita berdua boleh ketawa, berkongsi cerita lucu dan kisah peribadi. Noor harap kita dapat berjumpa.
Semoga Allah rahmati Anita dan Mahathir (suami Anita), tetapkan iman dan beroleh ukhrawi yang diredai Allah. Jaga diri dan Noor sayangkan Anita selagi hayat dikandung badan,” katanya.
Pelakon filem Adik Manja itu mendedahkan kali terakhir beliau dapat berbual panjang dengan Anita, kira-kira dua tahun lalu. Bagi beliau, Anita cukup istimewa kerana mereka sangat rapat sejak kecil.
Beliau berkongsi detik kepulangan Anita ke AS, Noor mendakwa tidak dimaklumkan dan tidak tahu perancangan kakaknya untuk meninggalkan Malaysia.
“Anita pergi mendadak. Ketika saya hubungi salah seorang kakak kami, dia beritahu, mereka sudah hantar Anita pulang,” katanya.
Bagi mengubati kerinduan terhadap Anita, Noor Kumalasari suka menyediakan juadah kegemaran kakaknya, iaitu ayam adobo.
Sebagai info, Noor Kumalasari sudah tidak aktif dalam bidang seni sejak tahun 2022.
Sumber: Berita Harian